Nak Jadi Jutawan? Mulakan Dengan Matlamat Yang Mudah Untuk Dicapai Tahun Ini.

Related image

Sebelum anda merancang untuk menjadi jutawan, mulakan langkah awal dengan menetapkan matlamat jangka masa pendek dahulu.

Ini adalah langkah paling awal anda perlu lakukan sebelum merancang untuk menjadikan diri anda sebagai seorang jutawan. Mulakan dengan matlamat yang kecil dan mudah dicapai.

Jika anda berjaya untuk mencapai matlamat yang kecil, anda akan lebih bersemangat untuk mencapai matlamat yang lebih besar.

Contoh paling mudah adalah, setiap pagi anda akan mulakan hari anda dengan mengemas katil anda sendiri. Ya, setiap hari anda perlu lakukan. Cara ini akan meningkatkan motivasi dan disiplin anda untuk mendapatkan sesuatu yang lebih besar.

Berikut adalah beberapa matlamat mudah yang anda boleh capai pada tahun ini (berbaki 3 bulan).

Simpanan 50%

Pernah anda terfikir untuk melakukan simpanan sebanyak 50% dari gaji atau pendapatan anda setiap bulan? Jika tidak, mungkin ini masa terbaik untuk anda cuba lakukannya.

Dengan hanya berbaki tiga (3) bulan lagi sebelum masuk tahun baru, ini mungkin salah satu cabaran paling besar.

Beli satu rumah

Untuk matlamat yang lebih besar, anda boleh merancang untuk dapatkan satu (1) rumah pada tahun ini juga.

Sebelum beli rumah, dua (2) perkara asas yang anda perlu sediakan adalah deposit sebanyak 10% dan juga kelayakan pinjaman perumahan.

Lengkapkan 4 Quadrant asas pengurusan kewangan

Matlamat lain yang anda boleh cuba adalah dengan melengkapkan asas pengurusan kewangan seperti yang terdapat dalam 4 Quadrant asas pengurusan kewangan.

Antara perkara asas adalah seperti simpanan kecemasan, pelan perlindungan, pelan persaraaan dan juga aset.

Jika asas kewangan ini sudah penuh, lebih mudah untuk anda mencapai matlamat yang lebih besar untuk menjadi seorang jutawan.

Tambah pendapatan sebanyak 20%

Jika gaji anda sebelum ini adalah sebanyak RM3,000 sebulan, cuba buat kerja tambahan supaya gaji anda meningkat sebanyak 20% iaitu RM3,600 sebulan.

Dengan hanya RM600 tambahan sebulan, kelihatan lebih mudah.

RM600 sebulan atau RM150 seminggu, anda boleh lakukan banyak perkara terutama dengan bantuan teknologi internet.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post