5 tip mudah untuk keluar dari 'Rat Race' dan bersara lebih awal

Image result for what is rat race
Apa itu Rat Race? Satu keadaan apabila individu tersangkut dengan kerja akibat dan masalah kewangan.

Lebih mudah, sama juga seperti 'kais pagi makan pagi, kais petang makan petang'. Anda bekerja untuk teruskan hidup dan bayar segala hutang. Jika tidak bekerja, anda tidak dapat berbelanja dan membayar semua hutang seperti kereta dan rumah.

Bagaimana mahu keluar dari Rat Race ini? Jawapannya adalah bersara lebih awal.

Berikut adalah lima (5) strategi untuk anda keluar dari rat race dan bersara lebih awal.

#1 Rancang kewangan

Perkara pertama yang anda perlu lakukan adalah membuat rancangan kewangan untuk dapatkan pengurusan kewangan yang baik.

Untuk merancang dapatkan pengurusan kewangan yang baik, anda perlu menilai beberapa faktor seperti:-
  • Pendapatan 
  • Simpanan
  • Hutang
  • Perlindungan
  • Pelaburan
Kenalpasti dahulu status kewangan anda melalui 5 elemen di atas ini, kemudian anda boleh menilai tahap kewangan anda. Jika anda sudah mempunyai 5 elemen di atas, baru anda boleh merancang untuk bersara lebih awal.

Jika masih belum ada, fokus untuk dapatkan elemen-elemen tersebut.

#2 Kurang simpan, lebih labur

Simpanan itu sangat penting. Tetapi, jika anda menyimpan secara berlebihan, anda akan kerugian disebabkan oleh faktor inflasi yang semakin meningkat. Duit simpanan anda akan 'terhakis'.

Simpan untuk 6 bulan pendapatan anda, selebihnya laburkan ke tempat yang sesuai.

Jika anda masih muda, anda berpeluang untuk melabur dengan banyak dan mudah seperti pelaburan hartanah, unit trust & saham. Untuk bersara lebih awal, medium pelaburan tersebut akan membantu anda memberi pendapatan pasif yang banyak.

Apabila pendapatan pasif tersebut sudah banyak dan mampu untuk menanggung hidup anda, itu adalah masa terbaik untuk bersara.

Baca : Simpanan terlalu banyak menyebabkan anda sebenarnya rugi

#3 Lebih pendapatan, kurang perbelanjaan

Jika anda fokus untuk kurangkan perbelanjaan tetapi tidak meningkatkan pendapatan, anda akan semakin lambat untuk keluar dari rat race.

Sebab itu, anda perlu lakukan kedua-duanya serentak iaitu tingkatkan pendapatan dan kurangkan perbelanjaan. Melalui cara ini, anda akan dapat lebihan duit setiap bulan untuk digunakan untuk pelaburan.

Bagi individu yang berumur 30 tahun ke bawah, anda lebih mudah untuk meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Masih muda dan kurang komitmen.

Tetapi, jangan sesekali menyertai skim cepat kaya hanya semata-mata untuk tambah pendapatan.

#4 Lebih hutang baik, kurang hutang jahat

Jika anda sudah terlibat dengan hutang, anda sebenarnya telah terperangkap untuk satu tempoh yang panjang dan tiada jalan keluar.

Anda perlu faham akan konsep 'hutang baik' dan 'hutang jahat'. Dalam pengurusan kewangan, hutang baik adalah hutang yang membantu mencantikkan pengurusan kewangan. Manakala hutang jahat pula menyebabkan masalah kewangan.

Contohnya, ramai yang muflis disebabkan oleh pinjaman peribadi, kad kredit, kereta dan juga pinjaman rumah.

Untuk keluar dari Rat Race, anda perlu banyakkan hutang baik yang memberi anda pendapatan. Pada masa yang sama, anda perlu kurangkan hutang jahat yang menyebabkan pendapatan anda berkurang.

Baca : Perbezaan antara hutang jahat & hutang baik

#5 Ilmu, ilmu, ilmu
Anda hanya boleh dapatkan sesuatu dengan ilmu
Cara untuk kurangkan risiko adalah dengan ilmu
Ilmu kewangan dan pelaburan akan membantu anda keluar dari Rat Race dan bersara lebih awal.
Tambah ilmu boleh dilakukan dengan cara:-
  • Pergi ke seminar/kelas
  • Beli buku/ebook
  • Bergaul dengan kawan yang mahir kewangan
  • Baca artikel kewangan
Semakin banyak ilmu yang anda belajar, semakin banyak peluang yang anda akan dapat.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post