Wanita perlu hati-hati dengan lelaki yang ada 5 ciri masalah kewangan ini.


Anda nak tahu sama ada lelaki yang anda ingin kahwini bakal mempunyai masalah kewangan atau tidak?

Berikut adalah ciri-ciri lelaki yang bakal mempunyai masalah kewangan.

Suka meminjam

Jika pasangan anda kerap meminjam dari anda, itu tanda-tanda awal yang lelaki tersebut akan menghadapi masalah kewangan. Jika pinjam untuk sekali atau dua, mungkin tidak memberi kesan.

Tetapi, kalau pinjam banyak kali, anda mungkin terpaksa review semula hubungan anda.

Kes seperti ini banyak berlaku selepas berkahwin apabila lelaki tersebut sudah selesa dengan sikap ‘suka meminjam’ sehingga membebankan isteri. Sebab itu, anda disaran untuk tanya pihak lelaki berkenaan hutang yang ada seperti hutang kereta, kad kredit dan pinjaman peribadi.

Lagi banyak hutang, lagi tinggi risiko anda.

Bayar ansuran/hutang lambat

Anda pernah monitor pasangan anda punya bayaran ansuran? Paling senang, pinjaman kereta. Cuba anda tanya lelaki, bayar ansuran kereta on time atau sering lambat.

Kalau takut untuk tanya, semak sahaja laporan CCRIS. Anda boleh lihat cara pembayaran ansuran semua hutang dengan pihak bank. Lepas tengok laporan CCRIS, kalau angka yang ditunjukkan tinggi seperti ‘3’ dan ke atas, itu menunjukkan yang lelaki tersebut sering bayar lewat.

Mengurus hutang bukanlah sesuatu yang mudah. Mungkin hari ini lelaki tersebut boleh beritahu akan berubah selepas berkahwin. Tetapi, anda perlu tahu yang habit dalam pengurusan kewangan merupakan perkara paling susah untuk ditukar.

Kalau merokok lelaki boleh berhenti lagi. Tapi kalau bab berhutang, memang susah nak berhenti!

Suka melepak

Salah satu hobi lelaki adalah melepak di kedai mamak dengan kawan-kawan mereka. Hobi seperti ini jika dapat dikawal, tidak memberi banyak kesan kepada pengurusan kewangan seseorang.

Namun, jika hobi tersebut menyebabkan duit sentiasa keluar dari poket dan tiada simpanan dapat dilakukan, anda perlu berhati-hati.

Jika melepak di mamak untuk membincangkan tentang bisnes atau perniagaan dengan kawan-kawan, itu tidak menjadi satu masalah. Tetapi, jika sekadar berborak kosong dan menghisap rokok, itu tidak baik.

Tak suka tambah ilmu

Cuba tanya pasangan lelaki anda soalan seperti ini;
- Berapa kali pergi ke seminar?
- Berapa banyak beli buku?
- Apa yang dibaca di Facebook?

Soalan-soalan seperti ini menunjukkan sikap seseorang terhadap ilmu-ilmu penting seperti perniagaan, kewangan dan pelaburan.

Lebih kerap lelaki pergi ke seminar dan membeli buku, lebih banyak ilmu yang mereka ada. Anda sebagai wanita perlu memastikan lelaki mempunyai ilmu pengurusan kewangan yang cukup untuk membimbing anda dan keluarga.

Pada masa yang sama, anda juga boleh lihat bahan bacaan lelaki di Facebook. Lihat artikel atau bahan bacaan yang dikongsikan. Adakah bahan bacaan tersebut bermanfaat atau perkara yang remeh?

Baca : 5 soalan kewangan yang lelaki perlu tanya perempuan

Suka bagi alasan @ mengkritik orang lain

Salah satu sikap yang menyebabkan seseorang itu tidak boleh berjaya dalam kehidupan adalah apabila suka memberi alasan atau mengkritik orang lain.

Dalam pengurusan kewangan, sikap suka memberi alasan ini yang menyebabkan sukarnya seseorang itu membuat simpanan, mula pelaburan, mengambil pelan perlindungan dan menambah aset. Mereka lebih gemar memberi alasan berbanding mencari ilmu.

Contoh paling mudah adalah berkenaan pemilikan hartanah di Malaysia. Semua orang tahu bahawa harga rumah di Malaysia sentiasa meningkat. Ada individu yang terus memberi alasan untuk tidak membeli. Ada juga yang mencari ilmu untuk mendapatkan rumah pertama.

Jika pasangan lelaki anda mempunyai ciri-ciri suka mencari ilmu dan menyelesaikan masalah, itu yang terbaik.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post