6 tip untuk berkomunikasi dengan baik ketika interview untuk dapatkan gaji yang tinggi

Image result for interview session

Anda ada rancangan untuk tukar tempat kerja? Perkara pertama yang anda perlu lalui adalah sesi temuduga dengan bahagian Human resource (HR) syarikat baru tersebut.

Sesi temuduga adalah sesuatu yang memenatkan dan boleh menjadikan diri rasa sangat tertekan walaupun sesi tersebut hanya berjalan selama satu jam.

Dalam tempoh tersebut, anda berpeluang untuk menunjukkan yang diri anda adalah layak untuk dapatkan jawatan yang dimohon.

Jika anda boleh berkomunikasi dengan baik, anda bukan sahaja berpeluang untuk dapatkan kerja tersebut malah boleh mendapatkan gaji yang lebih tinggi. Berikut adalah enam (6) tip untuk berkomunikasi dengan baik sebagai panduan anda.

Pandangan pertama

Ketika anda masuk ke dalam bilik sesi temuduga tersebut, penemuduga akan menilai cara anda berjalan, memulakan perbualan dan muka anda sendiri.

Pastikan anda berjalan masuk ke dalam bilik temuduga dengan tenang dan tidak perlu tergesa-gesa. Jangan lupa untuk senyum.

Apabila sesi temuduga bermula, pastikan anda bersalam dengan semua penemuduga dan kenalkan diri anda. Ketika bercakap, pastikan anda mata anda melihat tepat ke mata penemuduga.

Dua (2) minit yang pertama ketika sesi bermula akan menentukan arah perjalanan sesi temuduga tersebut. Jika dua minit pertama berjalan lancar, sesi termuduga tersebut akan berjalan dengan baik.

Bercakap dengan kelas dan yakin

Jika penemuduga tanya anda untuk kali kedua, ini bermakna percakapan anda tidak jelas dan kuat. Pastikan mereka faham dan dengar apa yang anda cakapkan.

Ini bagi memastikan sesi temuduga berjalan dengan lancar. Selain itu, anda juga perlu bercakap dengan penuh yakin serta memandang ke arah mata penemuduga.

Elakkan menggunaka perkataan seperti 'um', 'i think', 'maybe' dan lain-lain lagi. Perkataan seperti ini menunjukkan yang anda tidak rasa yakin dengan jawapan yang anda berikan. Sebaiknya, ambil masa sebelum anda jawab soalan penemuduga tersebut supaya jawapan anda lebih meyakinkan.

Senyum

Bagi jawatan yang memerlukan persekitaran yang sangat stress, penemuduga biasanya akan menjadikan sesi temuduga tersebut menjadi lebih 'panas'. Mereka mahu melihat sama ada anda mampu mengawal keadaan stress atau tidak.

Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa senyum dalam apa jua keadaan. Ini salah satu cara menunjukkan yang anda berjaya mengawal keadaan stress tersebut dengan baik.

Selain kelayakan pendidikan anda, penemuduga juga sangat mementingkan individu yang sesuai dengan keadaan pejabat mereka supaya anda boleh kekal lama dalam syarikat.

Guna storytelling

Sebelum anda datang ke sesi temuduga tersebut, ingat semula pengalaman kerja anda sebelum ini yang boleh membantu ketika sesi temuduga ini. Jadikan pengalaman anda sebagai satu cerita yang menarik untuk dikongsikan dengan penemuduga.

Jika anda mempunyai satu cerita yang menarik, penemuduga akan sentiasa ingat cerita anda. Mereka juga adalah manusia biasa dan 'minat' dengan cerita yang menarik.
Tanya soalan

Semua orang tahu ketika sesi temuduga, anda akan ditanya dengan pelbagai jenis soalan. Anda perlu pastikan sesi temuduga tersebut tidak berjalan dengan hanya satu pihak tanya soalan dan satu pihak menjawab soalan.

Anda perlu menyediakan soalan anda sendiri untuk ditanyakan kepada penemuduga. Jika anda mula bertanya soalan kepada penemuduga, sesi tersebut akan menjadi seperti satu perbualan dan anda akan merasa sangat tenang.

Sesi temuduga yang pertama biasanya akan dijalankan oleh wakil Human Resource (HR). Oleh itu, jangan tanya soalan mengenai tugas dan tanggungjawab jawatan tersebut. Peringkat awal, mereka hanya mahu melihat keyakinan diri dan kesesuaian anda dengan syarikat.

Kenal syarikat 

Jika anda mahu bekerja di syarikat tersebut, pastikan anda selidik terlebih dahulu mengenai latar belakang syarikat tersebut.

Lagi banyak maklumat yang anda dapat, lagi mudah untuk anda menjawab semua soalan yang ditanya oleh penemuduga. Cara ini juga akan menunjukkan yang anda mempunyai minat untuk bekerja di syarikat tersebut.

Sumber : 6 tips for better communication during your job interview

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post