6 rahsia ramai ejen takaful dan unit trust boleh jadi kaya berbanding ejen yang lain

Image result for career success

Kerjaya sebagai ejen takaful atau unit trust bukan perkara yang baru. Jika dulu mungkin di pandang rendah, tetapi hari ini ramai yang telah sertai kerjaya yang menarik ini.

Namun, tidak semua individu yang jadi ejen takaful atau unit trust boleh kekal lama dalam industri. Ada yang kurang setahun, sudah kembali ke kerja asal mereka. Ada juga yang sudah lima (5) tahun tetapi masih gagal mempunyai pendapatan yang selesa.

Kami nak kongsikan rahsia kebanyakan ejen takaful dan unit trust boleh jadi kaya dan berjaya.

Fokus

Pada peringkat awal, anda memang perlu fokus kepada satu pekerjaan dahulu. Tujuannya supaya anda akan dapat lebih banyak ilmu dan pengalaman.

Sebab itu ramai ejen yang bermula dengan separuh masa @ part time biasanya akan berhenti di tengah jalan. Puncanya, mereka gagal untuk fokus kepada kerja 'sampingan' tersebut. Bukan bermakna jika anda bermula sebagai separuh masa, anda akan gagal.

Jika bermula sebagai separuh masa, anda perlu bekerja keras lagi.

Berbeza dengan ejen yang buat secara sepenuh masa, ini adalah kerja utama dan punca pendapatan mereka. Jadi, mereka terpaksa fokus kepada satu kerja sahaja.

#1 Ilmu

Terdapat dua (2) jenis ilmu yang anda perlu tahu iaitu ilmu mengenai produk dan ilmu menjual.

Anda wajib tahu mengenai maklumat produk yang anda ingin jual. Ejen yang berjaya biasanya akan mengambil inisiatif sendiri untuk faham mengenai produk. Mereka tidak mengharap kepada latihan yang diberikan oleh agensi mereka sahaja.

Jika anda tahu dan faham mengenai produk yang anda jual, pelanggan akan lebih yakin dengan anda. Ini juga dapat membantu anda untuk kelihatan lebih yakin ketika berhadapan dengan pelanggan.

Anda mungkin sudah tahu dan faham ilmu produk. Tetapi, pelanggan masih lagi tidak mahu ambil pakej yang anda tawarkan. Seterusnya, anda juga perlu tahu mengenai ilmu menjual.

Tingkatkan skil berkomunikasi anda supaya perbincangan anda dengan pelanggan lebih lancar. Selain itu, anda juga perlu tahu ilmu menjual.

Jualan dan pemasaran adalah dua perkara yang berbeza (sales VS marketing). Tujuan pemasaran adalah supaya orang ramai kenal dan tahu kewujudan anda. Manakala menjual pula, tujuaanya adalah supaya pelanggan bersetuju untuk mendapatkan sesuatu dari anda.

Cara terbaik untuk belajar ilmu menjual adalah dari mereka yang berpengalaman. Oleh sebab itu, anda perlu sentiasa pergi ke latihan yang dibuat oleh agensi dan syarikat anda.

Menipu dan skil pemasaran adalah dua perkara yang berbeza. 

#2 Tindakan

Hari-hari pergi latihan dan dapatkan banyak ilmu. Tapi, sampai sekarang tiada hasil yang anda mahukan. Punca utama, tindakan anda.

Tindakan anda akan menentukan hasil anda. Lagi banyak tindakan yang anda ambil, lagi banyak hasil yang anda akan dapat. Sebagai seorang ejen, tidak lari dari menggunakan kaedah jualan. Sentiasa bermula dengan mencari prospek, berjumpa untuk sesi penerangan dan dapatkan jualan.

Jika anda kurang mencari prospek, jualan juga akan kurang.

Banyak cara yang anda boleh lakukan untuk mencari prospek. Antaranya adalah seperti melalui internet dan media sosial (Facebook, Instragram, Blog dan lain-lain), ahli keluarga dan saudara terdekat, kawan-kawan dan ramai lagi.

Kebanyakan ejen yang berjaya akan sentiasa mempunyai aktiviti setiap hari iaitu mencari prospek dan berjumpa dengan prospek.

#3 Konsisten

Konsisten dalam mengambil tindakan juga akan menentukan sama ada anda akan kekal lama dalam industri tersebut atau tidak. Dalam bidang jualan dan servis, anda akan berhadapan dengan situasi pendapatan yang tidak menentu.

Ada bulan yang jualan anda meningkat dengan banyak, dan ada juga bulan anda mendapat kurang jualan. Ini adalah perkara biasa bagi individu yang melakukan jualan dan servis.

Untuk kekal konsisten sebagai ejen, anda perlu sentiasa menjadi lebih positif. Caranya, sentiasa berjumpa dengan orang yang 'betul' supaya anda dapat lebih banyak motivasi.

#4 Bimbing dan ajar pelanggan

Kebanyakan ejen yang berhenti di tengah jalan adalah kerana mereka lebih fokus kepada menjual berbanding memberi manfaat kepada pelanggan.

Oleh sebab itu, tugas pertama anda adalah memastikan anda berjaya memberi tunjuk ajar kepada pelanggan. Pelanggan yang mendapat ilmu baru biasanya akan lebih selesa dan percaya kepada anda.

Pelanggan yang mendapat banyak ilmu juga akan memudahkan kerja anda sebagai ejen. Anda sebenarnya telah mengurangkan expectation gap pelanggan terhadap kerja anda. Mereka akan lebih faham kerja anda.

#5 Apa yang pelanggan mahu?

Ejen yang berjaya biasanya akan menawarkan sesuatu produk kewangan berdasarkan keperluan dan kemahuan pelanggan sahaja.

Jika anda menawarkan sesuatu yang pelanggan tidak mahu, pelanggan akan lari dari anda.

Bagaimana untuk tahu apa yang pelanggan mahu? Fact finding - Dapatkan info dan maklumat yang lengkap daripada pelanggan. Melalui maklumat yang diberikan oleh pelanggan, baru anda tahu apa produk yang diperlukan oleh pelanggan.

#6 Disiplin dan tidak beri banyak alasan

Akhir sekali, untuk berjaya dalam apa jua bidang anda perlu mempunyai disiplin yang tinggi.

Ramai yang menganggap bahawa kerjaya sebagai seorang ejen mempunyai masa yang fleksibel dan boleh buat kerja di rumah sahaja.

Cabaran utama untuk individu yang masih baru dalam bidang ini adalah anda tidak boleh guna kemudahan 'masa yang fleksibel' dan 'kerja di rumah'. Jika anda guna kemudahan ini, anda tidak produktif dan mendapat kurang hasil.

Lebih banyak anda bagi alasan, lebih banyak halangan yang anda akan hadapi. Mungkin anda rasa tertekan dengan arahan yang diberikan oleh leader anda. Anda perlu faham yang leader anda mempunyai banyak pengalaman dan sentiasa mahu beri yang terbaik untuk anda.

Ikut sahaja arahan leader anda tanpa beri sebarang alasan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post