6 manfaat penting dalam medical card yang setiap orang wajib ada

Image result for want need must have
Kebanyakan individu yang ambil kad perubatan atau medical card biasanya tidak mengetahui manfaat yang mereka miliki.

Jumpa ejen, ambil dan bayar. Tapi, manfaat dalam polisi atau sijil takaful tidak pernah baca. Ini yang selalu terjadi. Kesannya, ramai yang tidak tahu apa manfaat yang mereka ambil.

Jika anda sedang merancang untuk mengambil kad perubatan atau pun sudah memiliki kad perubatan, berikut adalah enam (6) manfaat dalam kad perubatan yang anda wajib ada.

#1 Had tahunan yang tinggi atau unlimited

Had tahunan sangat penting jika anda ingin mencari kad perubatan yang terbaik. Lagi tinggi, lagi bagus.

Anda boleh survey dulu beberapa syarikat takaful yang boleh beri anda had tahunan yang tinggi dengan kos yang rendah. Jangan terkejut jika selepas buat perbandingan, anda akan lihat perbezaan yang begitu ketara dari segi had tahunan yang ditawarkan.

"Ambil had tahunan tinggi bukan guna pun." Anda mungkin tertanya-tanya kenapa perlu ambil had tahunan yang tinggi sedangkan kos perubatan ketika ini masih lagi rendah. Pertama sekali, anda kena tahu yang kad perubatan anda sekarang mestilah sesuai untuk digunakan pada hari ini dan pada masa akan datang.

Kos perubatan semakin meningkat. Adakah had tahunan anda mencukupi selepas 20 tahun?

#2 Had seumur hidup yang tinggi atau unlimited

Selain had tahunan, had seumur hidup juga sangat penting. Ada syarikat takaful yang menawarkan had seumur hidup yang rendah dan ada juga yang tiada had (unlimited).

Anda nak pilih yang mana? Mestilah yang tiada had seumur hidup. Buat perbandingan terlebih dahulu dan lihat pakej kad perubatan yang mampu menawarkan manfaat yang anda minat. Anda boleh survey kad perubatan percuma di sini [KLIK].

#3 Tiada ko-takaful

Kebanyakan pakej kad perubatan pada 5 hingga 10 tahun lepas mempunyai ciri ko-takaful.

Apa itu ko-takaful? 
Anda perlu berkongsi kos perubatan dengan syarikat takaful atau insuran. Contohnya, jika kos perubatan adalah RM10,000, anda mungkin perlu mengeluarkan duit sendiri iaitu RM1,000 manakala bakinya RM9,000 ditanggung oleh syarikat takaful.

Nasihat kami, ambil yang tiada ko-takaful atau full-coverage. Lebih berbaloi. Kebanyakan produk syarikat takaful hari ini semuanya sudah memiliki manfaat tiada ko-takaful. Cuba semak semula kad perubatan anda yang pernah diambil dulu. Jika mempunyai ko-takaful, sekarang masa sesuai untuk anda review semula kad perubatan anda.

Jika anda ingin review kad perubatan atau pakej takaful, anda boleh buat temujanji dengan ejen takaful yang berdaftar. Mereka sedia membantu anda secara percuma.

#4 Mempunyai 'waiver'

Apa itu waiver?
Jika anda menghidap penyakit kritikal atau cacat kekal, waiver akan aktif dan anda tidak perlu membuat caruman kad perubatan anda lagi. Dah sakit takkan nak bayar kad perubatan lagi. Betul?

Sebab itu kad perubatan anda wajib mempunyai manfaat waiver ini.

#5 Elaun harian

Jika anda ditahan di wad hospital, anda akan rasa lebih seronok jika menerima 'wang saguhati' iaitu elaun wad. Duit yang diterima boleh digunakan sebagai penggantian pendapatan anda (kerana tidak dapat bekerja ketika itu) atau digunakan untuk menanggung kos perbelanjaan hospital yang tidak ditanggung.

Kenapa elaun harian ini penting sangat? Jika anda mendapatkan rawatan di hospital, terdapat keadaan dimana bil rawatan tidak ditanggung sepenuhnya oleh syarikat takaful atas faktor seperti upgrade atau tiada dalam manfaat.

Anda boleh gunakan elaun harian tersebut sebagai ganti duit anda yang telah keluar terlebih dahulu.

#6 Bilik wad @ Room & Board yang tinggi

Apabila kos perubatan semakin meningkat, kos bilik wad atau R&B (Room and Board) juga akan meningkat.

Contohnya,jika anda ambil manfaat bilik wad RM200 sehari, anda boleh masuk bilik single. Tetapi selepas 10 tahun, dengan bilik wad RM200 sehari anda mungkin boleh masuk bilik berkongsi empat (4) katil.

Terdapat pakej kad perubatan yang menawarkan kenaikan bilik wad @ R&B setiap beberapa tahun. Dengan manfaat ini, anda tidak perlu risau lagi jika berlaku kenaikan kos perubatan kerana anda masih lagi boleh masuk bilik single.

Walaupun enam (6) manfaat diatas sangat penting, tetapi anda perlu tahu bahawa setiap orang mungkin mempunyai keperluan manfaat yang berbeza. Pilih manfaat yang sesuai dengan diri anda serta tahap risiko anda.

Baca : Semak quotation takaful anda PERCUMA sekarang secara online

4 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post