4 cara mudah untuk anda buat duit dengan Youtube

Image result for youtube
Youtube merupakan laman web kedua paling popular dibelakang Google.  Ramai yang sudah mula mendapat keuntungan melalui Youtube termasuklah artis yang naik melalui Youtube ini.

Kebanyakan individu yang pergi ke laman web Youtube adalah untuk mencari video pilihan mereka atau mereka sendiri akan membuka satu saluran atau channel untuk mereka upload video mereka. Semakin ramai yang menonton video tersebut, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat keuntungan.

Berikut adalah empat (4) cara mudah untuk anda buat duit dengan Youtube.

#1 Adsense

Ini merupakan cara paling mudah. Mula-mula sekali, anda daftar dan buka akaun adsense. Kemudian, buka akaun Youtube dan upload video anda.

Pastikan anda upload video yang mampu menarik minat orang lain. Jika anda perasan, setiap kali anda menonton video di Youtube, akan keluar satu iklan. Iklan tersebut datangnya dari akaun adsense anda.

Anda boleh mula mempromosikan video anda di Facebook dan kongsi dengan rakan-rakan anda. Cara ini akan meningkatkan lagi jumlah penonton video anda.

Apabila ada individu yang klik iklan tersebut, anda akan mendapat duit dan untung. Sebab itu, semakin ramai orang yang menonton video anda, semakin tinggi peluang anda untuk mendapat keuntungan.

Jangan terkejut jika ada individu yang kerja sepenuh masa dengan hanya upload video setiap hari. Keuntungan yang diterima cukup untuk menampung kehidupan mereka.

#2 Jual produk sendiri atau orang lain

Salah satu cara untuk meningkatkan jualan anda adalah dengan menggunakan periklanan video. Cara ini banyak digunakan oleh syarikat-syarikat besar dan terbukti berkesan.

Jika anda mempunyai produk sendiri, anda boleh buat video mengenai produk tersebut. Video tersebut boleh dilakukan dengan dua (2) cara iaitu:

a) Menjual terus - Buat satu video mengenai  kelebihan produk atau servis anda
b) Tidak menjual - Buat satu video untuk meningkatkan dan memperkenalkan syarikat anda

Perkara sama juga jika anda hanya menjual produk orang lain. Anda boleh jadikan Youtube sebagai satu medium periklanan yang berkesan terutama apabila anda meletakkan testimoni sebagai bukti.

Anda juga boleh gunakan youtube sebagai medium untuk menarik penonton ke website atau Facebook anda.
#3 Servis buat video

Jika anda perasan, periklanan melalui video telah meningkat dengan laju. Ini bermakna kebanyakan pemilik perniagaan sudah mula membuat periklanan video untuk mempromosikan produk mereka.

Salah satu peluang yang anda boleh ambil adalah dengan menjadi 'pengarah' kepada video mereka. Anda boleh tawarkan servis video editing untuk membuat satu video periklanan yang lengkap. Pemilik perniagaan biasanya sanggup membayar mahal untuk periklanan kerana cara ini berkesan untuk meningkatkan jualan mereka.

Selain itu, anda juga boleh buat satu video animasi untuk individu yang mahu membuat periklanan video. Anda boleh beli software untuk buat video animasi dengan anggaran RM300 sahaja. Dengan software tersebut anda boleh caj pelanggan anda dengan harga RM100 untuk satu video pendek sahaja.

#4 Iklan

Jika anda mempunyai satu channel Youtube dengan subscriber yang ramai, anda akan digelar sebagai Youtuber. Individu yang aktif dengan Youtube biasanya suka review sesuatu produk atau servis.

Antara review yang popular adalah membuat video review makanan, review permainan, review produk dan lain-lain lagi. Apabila anda sudah mempunyai ramai penonton setia, anda berpeluang untuk 'dibayar' apabila review produk orang lain.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post