Saya nak kahwin tapi terbeban dengan hutang pendidikan.


Zaman sekarang, majoriti pelajar yang habis belajar akan terbeban dengan hutang pendidikan sama ada PTPTN, Mara, pinjaman kerajaan negeri dan lain-lain lagi.

Memang menjadi tanggungjawab setiap orang, pinjaman pendidikan wajib diselesaikan. Walaupun jumlah ansuran sedikit, pinjaman tersebut menjadi satu beban apabila dicampur dengan hutang lain seperti kereta dan rumah.

Untuk langsungkan perkahwinan, anda perlukan satu jumlah simpanan yang banyak. Oleh sebab itu, anda perlu menyimpan setiap bulan dengan konsisten. Jika anda simpan RM500 setiap bulan, anda akan dapat RM18,000 selepas tiga (3) tahun. Cukup?

Berikut adalah beberapa cara untuk anda selesaikan hutang pendidikan anda dan fokus kepada simpanan perkahwinan.

Guna KWSP

Jika anda mempunyai hutang dengan PTPTN, anda boleh gunakan simpanan KWSP anda untuk selesaikan pinjaman PTPTN anda.

Jika gaji anda RM2,000 sebulan, carumah KWSP anda setiap bulan dalam akaun 2 adalah anggaran RM200 sebulan. Selepas tiga (3) tahun, anggaran jumlah terkumpul adalah RM7,200. Jumlah ini cukup untuk mengurangkan pinjaman PTPTN dan sekaligus mengurangkan beban anda.

Lebih menarik lagi, anda boleh keluarkan simpanan untuk bayar PTPTN anda lebih dari sekali. Ini bermakna, anda boleh kumpul lagi simpanan KWSP dan selesaikan semua hutang tertunggak.

Pendapatan pasif 

Pertama sekali, anda perlu tahu berapa jumlah ansuran yang anda perlu bayar untuk pinjaman pendidikan anda. Jika jumlah tersebut adalah RM300 sebulan, anda perlu mencari pendapatan pasif yang memberi jumlah yang sama, iaitu RM300 juga.

Berikut adalah antara 3 sumber pendapatan pasif yang anda boleh buat:

1) Kereta sewa

Anda boleh beli kereta dengan menggunakan pinjaman, kemudian pajakkan kereta tersebut kepada syarikat yang menjalankan perniagaan kereta sewa. Bayaran ansuran, cukai jalan dan insuran akan dibayar oleh syarikat kereta sewa tersebut.

Manakala keuntungan pula bergantung kepada jualan sewa bulan tersebut. Berdasarkan anggaran keuntungan yang kami lihat, anda boleh dapat antara RM300 hingga RM600 bersih setiap bulan.

2) Rumah sewa

Paling mudah. Beli rumah dengan bayaran ansuran sebanyak RM500, kemudian sewakan semula dengan kadar RM800. Perbezaan RM300 adalah keuntungan anda.

3) Dividen ASB

Anda boleh buat pembiayaan ASB dengan jumlah yang tinggi untuk dapatkan dividen yang lebih tinggi. Cara ini bukan sahaja memaksa anda untuk menyimpan tetapi memberikan anda pendapatan setiap tahun dan cukup untuk bayar pinjaman pendidikan anda.

Tambah pendapatan

Tambah pendapatan merupakan salah satu cara yang terbaik untuk anda lakukan. Banyak peluang pekerjaan yang anda boleh cuba untuk menambah pendapatan anda.

Cara paling mudah adalah untuk menjadi ejen insuran atau unit trust. Anda tidak perlu keluar jauh untuk mencari client kerana staff tempat anda bekerja juga adalah client anda. Tetapi jika anda mahukan pendapatan yang banyak, anda boleh bekerja selepas office hour dan juga pada hujung minggu.

Baca : Pendaftaran sebagai perunding takaful

Lum sum bonus

Anda boleh dapat diskaun jika bayar pinjaman pendidikan anda secara penuh atau lump sum. Anda boleh gunakan duit bonus yang diterima untuk selesaikan semua hutang pendidikan anda.

Jika gaji anda adalah RM3,000 dengan tiga (3) bulan bonus, anda boleh dapat RM9,000 untuk bonus. Jumlah ini cukup untuk selesaikan hutang pendidikan anda.

Melalui bajet 2017 yag dibentangkan, peminjam yang membuat bayaran penuh akan menerima diskaun sebanyak 15%. Manakala individu yang membuat bayaran 50% dari jumlah hutang tertunggak juga akan menerima diskaun sebanyak 10%.

Diskaun ini cukup untuk mengurangkan beban anda. Nak lagi banyak diskaun? Belajar rajin-rajin dan dapatkan ijazah kelas pertama.

Ibu Bapa

Akhir sekali, anda boleh minta bantuan ibu bapa anda sendiri. Cara ini mungkin tidak sesuai untuk semua orang. Ada ibu bapa yang mampu untuk menolong anaknya untuk selesaikan PTPTN dan ada juga yang tidak mampu.

Jika ibu bapa anda baru sahaja membuat pengeluaran KWSP, anda boleh minta tolong dari ibu bapa untuk selesaikan bayaran PTPTN tersebut. Selain itu, anda juga akan bernasib baik jika ibu bapa anda sudah menyediakan satu dana pendidikan untuk anda.

Baca : Penipuan terbesar dalam Pengurusan Kewangan tahun 2017

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post