Masa, duit & tanggungjawab : Anda pilih kerja atau keluarga?

Image result for FAMILY TIME
Zaman sekarang suami isteri perlu bekerja untuk menampung kos sara hidup dan perbelanjaan harian yang semakin meningkat. Dulu, suami sahaja yang bekerja sudah cukup untuk menampung perbelanjaan satu keluarga.

Adakah anda sanggup habiskan masa untuk bekerja dan mengurangkan masa bersama keluarga? Bagi sesetengah individu, mereka tiada pilihan. Terpaksa bekerja dari pagi hingga ke malam semata-mata untuk menyara keluarga.

Masa & duit

Jika bos anda menaikkan gaji anda dan pada masa yang sama anda juga perlu bekerja lebih masa dari sebelumnya, adakah anda berkata 'ya'?

Adakah berbaloi kenaikan gaji tersebut dan anda terpaksa mengurangkan masa bersama keluarga?

Pemilihan kerjaya yang tepat dan betul akan menentukan sama ada masa yang anda habiskan untuk bekerja tersebut berbaloi atau tidak.  Yang terbaik, anda dapat meluangkan masa bersama keluarga dan gaji yang diterima juga cukup untuk anda meneruskan hidup seperti biasa.

Rancang kerjaya anda dari sekarang. Anda mungkin boleh bekerja keras sehingga lewat malam ketika masih bujang atau masih muda. Selepas berkeluarga dan mempunyai anak, anda perlu sesuaikan kerjaya anda dengan masa yang perlu diluangkan bersama keluarga.

Kuasa internet. Hari ini anda boleh lihat ramai individu yang sudah boleh menjana pendapatan melalui internet. Ambil masa untuk belajar cara menjana pendapatan melalui internet supaya anda mempunyai banyak masa bersama keluarga.

Baca : Suami bekerja sendiri, isteri makan gaji. Paling ideal

Tanggungjawab

#Anak-anak

Perkara yang berlaku hari ini adalah ibu bapa terpaksa menghantar anak mereka ke pusat penjagaan anak-anak kerana sibuk bekerja.

Ada juga ibu bapa yang hantar anak mereka ke rumah atuk dan nenek kerana tidak mampu untuk bayar pusat penjagaan anak-anak. Selain itu, anda juga perlu menyediakan pelbagai kos dan perbelanjaan untuk anak-anak seperti persekolahan, pakaian, makan dan minum, dan lain-lain lagi.

#Ibu Bapa

Tahukah anda, terdapat ibu bapa yang menjadikan anak mereka sebagai satu 'dana persaraan'? Maksudnya, mereka tidak mempunyai dana persaraan sendiri kerana mereka mengharap anak-anak mereka nanti akan memberi mereka duit setiap bulan.

Perkara seperti ini yang membuatkan anak-anak menjadi lebih terbeban. Walaupun menjaga ibu bapa satu tanggungjawab, tetapi kos sara hidup dan perbelanjaan harian yang semakin meningkat menyebabkan anak-anak merasa sangat terbeban.

Tetapi, perlu diingat, jangan disebabkan anda mempunyai duit yang banyak, anda hulurkan duit setiap bulan tetapi tidak pernah berjumpa mereka di kampung. Orang yang berusia lebih pentingkan nilai masa diluangkan bersama berbanding duit.

Saranan kami
  • Rancang bentuk gaya hidup anda sejak dari muda lagi
  • Buat rancangan kewangan bagi memastikan anda tidak menyusahkan orang lain semata-mata untuk berjimat
  • Pilih pekerjaan yang mampu berikan anda masa yang seimbang anda keluarga dan kerjaya.
  • Simpanan dan pelaburan akan membantu anda ketika masuk usia 30 dan 40 an.
  • Elakkan hutang-hutang yang menyebabkan ahli keluarga anda turut sama terbeban
Pengurusan kewangan rumahtangga anda akan menentukan cara hidup keluarga anda pada masa hadapan.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post