Kenapa geng 'travel bajet' pandai mengurus kewangan mereka dengan baik?

Image result for backpacker europe

Pernah tak anda tengok perangai geng 'travel bajet' masa nak kumpul duit pergi melancong? Mereka akan buat apa sahaja untuk pastikan mereka dapat pergi melancong.

Kebanyakan mereka yang pergi dengan bajet yang rendah, sangat mementingkan simpanan dan perbelanjaan. Berikut adalah beberapa sebab kenapa geng 'travel bajet' pandai mengurus kewangan mereka sendiri.

Berjimat cermat

Yang selalu join travel bajet ini bukan orang yang bergaji tinggi atau orang kaya, tetapi orang bergaji sederhana dan rendah. Ini menunjukkan yang melancong ini untuk semua golongan tetapi mesti ikut kemampuan sendiri.

Nak kumpul duit belanja pergi travel biasanya ambil masa yang lama terutama yang gaji rendah. Oleh sebab itu, mereka ini akan sanggup berjimat cermat dengan gaji yang diterima semata-mata untuk pergi melancong.

Ada juga yang akan melakukan banyak pekerjaan untuk menambah pendapatan mereka. Matlamat mereka hanya satu, untuk pergi ke negara orang sambil tambah pengalaman.

Kadang-kadang masa pergi melancong, beg hanya penuh dengan makanan sahaja. Ini semua sebab ingin berjimat kerana kos makan di negara luar memang mahal.

Baca : Orang muda : Travel atau rumah dahulu?

Survey dan buat perbandingan

Geng 'travel bajet' biasanya akan survey dan buat perbandingan sebelum mereka berbelanja terutama perkara yang melibatkan kos tiket kapal terbang dan penginapan.

Jangan terkejut jika mereka membuat perbandingan yang agak lama semata-mata untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Biasanya, untuk beli tiket kapal terbang, mereka akan beli lebih awal kerana harga yang ditawarkan lebih murah.

Rancang lebih awak bukan sahaja dapat tiket murah, malah mereka sendiri mempunyai masa untuk menambah simpanan untuk dijadikan sebagai perbelanjaan semasa pergi melancong.

Selain itu, mereka juga mahir untuk memilih waktu dan masa yang sesuai untuk pergi melancong supaya kos perbelanjaan lebih murah. Musim cuti sekolah biasanya lebih mahal kerana menjadi tumpuan orang ramai.

Matlamat

Satu perkara yang boleh dipuji untuk geng 'travel bajet' ini adalah mereka mempunyai matlamat dan perancangan yang rapi.

Mereka akan merancang perjalanan mereka antara 6 bulan hingga 12 bulan lebih awal. Lebih menarik lagi, mereka sendiri mempunyai 'rancangan bertulis' iaitu itinerary (jadual perjalanan) yang lengkap beserta dengan kos.

Dalam pengurusan kewangan, sangat penting jika anda mempunyai rancangan yang terperinci terutama yang melibatkan duit keluar dan masuk.

Image result for travel budget
Kawan 'travel bajet'

Salah satu tip untuk kembangkan perniagaan adalah dengan meluaskan networking. Sama juga seperti mereka yang gemar menyertai 'travel bajet' ini kerana mereka mempunyai ramai rakan yang meminati hobi yang sama.

Paling popular, mereka akan mencari kawan-kawan baru di group facebook. Selain memberi tip dan panduan, mereka juga akan berkongsi mengenai pengalaman mereka pergi melancong. Mempunyai kawan 'travel bajet' akan membantu untuk mengurangkan perbelanjaan dan mengelakkan masalah ketika pergi melancong.

Dalam pelaburan, anda memerlukan ramai kawan dan juga pelabur yang mempunyai minat yang sama. Pengalaman setiap orang akan memberi manfaat kepada orang lain dan mengelakkan orang lain melakukan kesilapan yang sama.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post