"Isteri Sakit Hati Menguruskan Harta Suami Akhirnya Tak Dapat Satu Sen Pun!"


Apabila si suami meninggal dunia, menjadi tugas isteri untuk menguruskan harta milik suami untuk menukar nama dan pindah milik. Namun tugas yang dianggap mudah pada awalnya, menjadi satu beban yang besar kepada seorang isteri.

Anda boleh baca kronologi cerita yang dikongsikan oleh tuan Hanaffi Idris seperti dibawah.

1. Apabila suami mati, kebiasaannya menjadi adat orang melayu untuk mengadakan kenduri arwah selama dua (2) hari berturut – turut. Anda menjemput kariah masjid dan sanak saudara yang mengenali si mati (suami). Awal-awal dah tak betul.

2. Disitulah anda dapat lihat mereka yang tak pernah jenguk (ziarah / melawat) anda turut hadir membantu menguruskan kenduri. Rasa syukur pun ada, betullah orang kata musibah merapatkan silatulrahim.

3. Hari kedua berlalu, hari ketiga selepas kenduri adik beradik suami datang berjumpa anda. Anda pun rasa syukur kerana ada ipar yang mengambil berat tentang anda dan anak buahnya. Tetapi mereka bertandang bukan untuk menziarahi anda, tetapi untuk menuntut harta pusaka peninggalan arwah!!!

4. Perghhh.. masalah, masalah, masalah. Sakit jiwa!!! Tanah kubur masih merah, sedih pun belum hilang lagi. Rasa nak panggil arwah je bincang dengan mereka!!!

5. Mereka bercerita bab faraid isteri hanya 1/8 secara panjang lebar. Bila bab harta pusaka, tiba-tiba boleh jadi expert, kalau suruh jalankan tanggungjawab yang Allah berikan, tak nak ikut.

6. Bermulalah drama perebutan harta pusaka suami yang tiada kesudahan.

7. Anda juga tidak mahu mengalah, terpaksalah menguruskan harta pusaka sendiri. Walaupun kekangan dari masa dan wang. Nak buat macam mana, fikir nasib anak-anak. TERPAKSA!!!

8. Teringat pesan suami, duit dalam Bank guna belanja keperluan. Pergi nak keluarkan, pegawai minta surat kuasa pulak. Aduh… Account dah kena block.

9. Dengan perasaan pilu, anda ke Pejabat Pusaka Kecil di Pejabat Tanah bagi mendapatkan kuasa tadbir, anda perlu isi borang Biacara Kuasa atau borang A. Maklumat yang diperlukan adalah seperti maklumat si mati, harta si mati serta maklumat waris-waris si mati. Semua maklumat diatas memerlukan salinan ic waris, salinan maklumat harta dan surat mati.

10. Setelah setiap salinan disediakan, isteri perlu mendapatkan tandatangan setiap ahli waris. Aduh, masalah lagi. Selagi ahli waris tidak tandatangan, proses perbicaraan harta pusaka tidak boleh dimulakan. Ada jugak yang sengaja tidak hadir ke mahkamah untuk melambatkan proses perbicaraan harta pusaka.

11. Tambah parah lagi, baru anda tahu adik-beradik suami juga mempunyai hak dalam harta pusaka. 'Fuhhh..bukan senang nak handle bila si mati tidak membuat perancangan harta lebih awal.'

12. Tiba-tiba ayah/ibu simati pula tidak mahu tandatangan sebab termakan hasutan ipar, bagaimana? Bayangkanlah, anda terpaksa menghadapi masalah sebegini pula, kesedihan kehilangan suami belum hilang, nak fikir uruskan anak-anak lagi. Stress gilerrr nak pikir semua benda!!!

13. Anda dan anak-anak didesak untuk melepaskan bahagian faraid.

14. Didesak membayar bahagian faraid bagi rumah jika mahu terus tinggal dirumah pusaka suami. 'Masalah, mana nak cari RM200K tunai?'

15. Dah tak tahan hidup macam neraka, akhir sekali anda dan anak-anak keluar sehelai sepinggang saje. Dah jadi macam nie baru nak fikir tentang orang tersayang? Dah terlambat.

16. Tiba-tiba datang seorang Hamba Allah menyatakan suami berhutang dengannya puluhan ribu ringgit atas urusan bisnes. Masalah lagi, siapa yang kena tanggung hutang si mati? Anda jugak, merempatlah, kerja siang malam untuk bayar hutang si mati.

17. Teringat pesan suami guna duit Tabung Haji / KWSP / ASB / Takaful untuk bayar hutang. Apabila pergi semak, penama atas nama ibu mertua pula. Masalah… orang kita ingat penama adalah pemilik kepada harta tersebut, sebenarnya TIDAK!!! Jadi anda pun biar je lah, malas nak gaduh lagi.

Bagaimana untuk selesaikan masalah diatas?


1. Si Suami boleh menyatakan sebahagian harta miliknya kepada isteri sebagai harta sepencarian didalam wasiat. Samada dalam bentuk rumah, kereta atau wang ringgit. Bukan masalah sikit atau banyak bagi je, nyatakan dalam wasiat. Jika dah mati, orang tersayang baru nak tuntut harta sepencarian, panjang cerita.

2. Si Suami melantik Wasi yang bagi menguruskan kesemua harta miliknya (suami). Tanpa wasi, pasangan terpaksa uruskan sendiri harta pusaka yang ditinggalkan, ini akan menyusahkan pasangan kerana baru kematian suami, nak fikir pasal anak lagi. Jika ada bisnes, bisnes lagi. Tolong jangan rumit lagi masalah kepada orang tersayang. Kelebihan wasiat merangkumi kesemua harta milik pewasiat.

Jika aset melebihi dua (2) juta dan tidak mempunyai dua (2) orang penjamin, aset tersebut akan sukar dicairkan.

3. Menyerahkan sebahagian harta miliknya melalui hibah sama ada hibah biasa atau hibah bersyarat. Tidak salah untuk buat hibah, jika harta masih berhutang buat hibah bersyarat. Jika hanya ada 1 rumah, tidak salah hibah kepada orang tersayang (isteri), sekurang-kurangnya ada tempat tinggal untuk pasangan.

4. Si Suami menyediakan hibah tunai sebanyak setahun atau lebih bagi menampung kos sara hidup. Maklumlah dulu sumber gaji dari dua (2) orang, sekarang tiba-tiba jadi satu. Bukan mudah untuk lalui pada peringkat awal, oleh itu sediakan hibah tunai bagi mengurangkan beban orang yang ditinggalkan.

Jika anda ingin baca banyak lagi kisah sebenar dalam pengurusan hibat dan wasiat, anda boleh download secara percuma di sini Case Study Sebenar Dilema Pengurusan Hibah & Wasiat.
Klik disini untuk DOWNLOAD : http://bit.ly/2sKc9PU

Sumber : Facebook page : Hanaffi Idris 

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post