8 tip hebat pengurusan kewangan bagi tahun 2017 untuk anda

Image result for best advice
Tahun 2017 merupakan salah satu tahun yang mencabar bagi rakyat Malaysia terutama dari segi pengurusan kewangan. Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, peluang pekerjaan yang ditawarkan juga semakin menurun.

Berikut adalah laman (8) tip hebat berkenaan pengurusan kewangan yang anda boleh cuba bagi tahun 2017.

#1 Tingkatkan simpanan persaraan

Menurut statistik yang dikeluarkan, simpanan persaraan KWSP masih tidak mencukupi untuk menampung kos sara hidup individu. Contohnya, RM100,000 hanya boleh tahan antara 2 hingga 4 tahun sahaja dengan syarat tiada perbelanjaan yang besar.

Oleh sebab itu, anda disaran untuk meningkatkan lagi simpanan persaraan melalui instrumen pelaburan dan simpanan lain yang terdapat di Malaysia.
#2 Review pelaburan anda

Jika sebelum ini anda sudah mula melabur, tahun 2017 adalah masa yang terbaik untuk anda review dan susun semula pelaburan anda. Anda mungkin boleh mengubah strategi mengikut kesesuaian keadaan ekonomi.

Seperti yang kita tahu, kebanyakan pelaburan pada tahun 2016 dan 2017 agak perlahan dan tidak memberi pulangan yang tinggi seperti sebelumnya. Anda boleh berjumpa dengan konsultan kewangan dan pelaburan anda untuk review semula pelaburan yang telah anda buat.

#3 Rancang harta peninggalan

Adakah aset anda cukup untuk diberikan kepada waris anda? Jika masih tidak cukup, anda boleh mula merancang pengurusan aset dan harta peninggalan anda.

Fahami dahulu konsep tertinggi dalam pengurusan harta iaitu sistem faraid. Sebaiknya, pastikan ahli keluarga lain juga faham sistem faraid ini supaya tiada masalah pada masa akan datang. Selain itu, hibah dan wasiat juga antara elemen penting yang perlu dipelajari.

#4 Melabur untuk jangka masa panjang

"Pelaburan untuk jangka masa panjang, perniagaan untuk jangka masa pendek"

Jika anda serius ingin melabur, pastikan portfolio anda adalah untuk satu jangka masa panjang iaitu antara 10 hingga 20 tahun. Risiko untuk pelaburan jangka masa panjang ini adalah lebih rendah dan sesuai untuk orang ramai.

Selain itu, tahun 2017 juga masa terbaik untuk anda memperlbagaikan (diversify) pelaburan yang ada.

#5 Tambah aset

Ramai yang meramalkan harga rumah akan jatuh pada tahun 2017 ini. Jika benar, ini merupakan peluang terbaik untuk anda menambah aset fizikal anda dalam hartanah.

Pastikan pembelian aset anda adalah berbaloi dan tidak merugikan. Tambah ilmu pelaburan hartanah supaya aset yang anda beli menjadi lebih bernilai pada masa akan datang.

Baca : Pengurusan kewangan untuk mahasiswa

#6 Jauh dari hutang jahat


Jangan sesekali merancang untuk menambah hutang yang jahat dan tidka memberi sebarang manfaat kepada diri anda. Tahun 2017 bukanlah masa yang yang sesuai untuk anda tambah hutang. Jika anda seorang indvidu yang berstatus makan gaji, anda perlu tahu risiko apabila dibuang kerja.

Sama juga jika anda bekerja sendiri kerana ekonomi yang tidak menentu menyebabkan jualan anda mungkin agak sedikit merosot. Oleh hutang, elakkan segala hutang yang mungkin akan menambah beban anda lagi.

#7 Review pelan perlindungan anda

Pelan perlindungan yang baik adalah apabila dua (2)  fungsi utama pelan perlindungan iaitu: (1) Income replacement, (2) Income protection.

Income replacement - untuk memastikan pendapatan atau gaji yang anda terima boleh diganikan sama banyak jika anda tiada atau tidak mampu bekerja. Penting untuk ketua keluarga yang mempunyai banyak tanggungan.

Cadanagan terbaik : 5- 10 kali dari gaji tahunan anda. 

Income protection - untuk memastikan simpanan dan pelaburan anda tidak terusik jika anda memerlukan wang untuk kos rawatan dan perubatan. Pastikan limit kad perubatan anda tinggi dan mencukupi.

Cadangan terbaik : Had tahunan dan had seumur hidup yang tinggi.


#8 Simpanan anak-anak

Tingkatkan simpanan untuk anak-anak terutama simpanan pendidikan. Seperti kos perubatan, kos pendidikan juga akan meningkat pada masa akan datang.

Jika anda dapat sediakan dana RM50,000 setiap anak, sudah mencukupi untuk menampung kos belanja anda di dalam Malaysia tanpa perlu pinjaman.

Tetapi jika anda merancang untuk menghantar anak anda ke universiti luar negara, anda mungkin memerlukan dana yang lebih besar. Setiap ibu bapa mahu berikan pendidikan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

Rancang simpanan pendidikan anak anda dari awal lagi.


2 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post