5 kos yang anda perlu sediakan semasa musim perayaan kali ini.


Setiap kali musim perayaan, mesti banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan. Sebab itu kerajaan juga tidak terlepas untuk memberi bonus kepada penjawat awam untuk persiapan hari raya.

Sebelum tiba hari raya, perbelanjaan biasanya lebih kepada baju raya, kuih raya dan macam-maca lagi. Namun, perbelanjaan bukan habis di situ sahaja malah masih terdapat banyak lagi perbelanjaan harus dikeluarkan.

Berikut adalah beberapa jenis perbelanjaan yang anda perlu sediakan semasa musim perayaan.

#1 Duit raya

Bukan wajib, tetapi sudah menjadi satu adat orang kita. Bagi individu yang sudah bekerja, duit raya adalah satu 'tanggungjawab' yang mereka perlu selesaikan. Manakala penerimanya pula adalah dari golongan kanak-kanak.

Anda boleh sediakan duit raya serendah RM1.00 seorang sehingga RM50.00 setiap orang. Tetapi, jumlah tersebut mestilah mengikut kemampuan sebenar anda.

#2 Tol & minyak

Setiap kali pulang ke kampung, perbelanjaan untuk tol dan minyak adalah sesuatu yang tidak dapat kita lari lagi. Semakin jauh destinasi perjalanan anda, semakin tinggi kos yang perlu ditanggung.

Walaupun ada diskaun yang diberikan untuk bayaran tol, anda masih perlu sediakan wang tol tersebut.

Nak jimat? anda boleh cuba menaiki kenderaan awam seperti bas atau KTM. Selain itu, anda juga boleh balik kampung dengan berkongsi kereta dengan kenalan anda atau car pool. Cara ini lebih menjimatkan kerana anda akan berkongsi kos tol dan minyak.

#3 Penginapan

Biasanya, semua adik beradik akan berkumpul di rumah ibu bapa semasa hari raya. Jika bilangan adik beradik tidak ramai, boleh sahaja bermalam di rumah tersebut tanpa sebarang masalah.

Namun, jika bilangan adik beradik terlalu ramai, anda mungkin perlu tidur di hotel atau homestay yang berhampiran. Kos yang perlu dikeluarkan pula bergantung kepada tempoh anda menetap di hotel tersebut.

Semakin lama anda menetap, semakin banyak kos perbelanjaan yang perlu dikeluarkan.

#4 Open House

Bagi individu yang gemar untuk mengadakan majlis rumah terbuka Hari Raya atau open house, banyak perbelanjaan yang perlu dikeluarkan.

Selain itu, anda juga masih perlu menyediakan makanan untuk tetamu hadir seperti rakan-rakan dan saudara mara. Dengan harga bahan mentah yang semakin meningkat, kos penyediaan makanan juga akan semakin meningkat.

Sebab itu anda perlu memastikan bajet anda mencukupi supaya dapat menjamu semua tetapi yang hadir.

#5 Servis kereta

Salah satu perkara yang penting semasa musim perayaan adalah untuk memastikan kenderaan anda dalam keadaan yang selamat untuk digunakan balik kampung. Oleh sebab itu, cara terbaik adalah dengan pergi servis kereta anda untuk memastikan tiada masalah yang akan menyusahkan anda.

Kos untuk servis kereta ini pula bergantung kepada jenis kereta yang anda miliki. Semakin mahal kereta anda, semakin tinggi kos penyelenggaraan yang perlu dikeluarkan. Sebab itu pemilihan kereta mengikut kemampuan individu sangat penting bagi memastikan anda masih mampu untuk membayar kos servis kereta tersebut.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post