Bagaimana hutang membantu meningkatkan pendapatan anda dan menjadi lebih kaya

Image result for helpful

Ramai yang percaya hutang akan menyebabkan pendapatan mereka semakin berkurang. Jika diurus dengan baik, hutang tersebut boleh beri manfaat kepada peminjam. Tetapi, jika gagal diurus dengan baik, hutang tersebut akan membebankan peminjam.


Kebanyakan orang kaya pada hari ini menggunakan fasiliti bank seperti pinjaman dan pembiayaan dengan baik untuk meningkatkan lagi kekayaan dan mengembangkan lagi perniagaan mereka.

Berikut adalah beberapa cara yang anda boleh lakukan serta mendapat manfaat dari fasiliti hutang.

Beli kereta untuk sewa

Kereta kini bukan sahaja digunakan untuk pergi ke satu tempat atau destinasi sahaja. Kereta yang dibeli juga boleh dijadikan sebagai satu perniagaan iaitu kereta sewa yang mampu memberi keuntungan yang banyak jika dilakukan dengan betul.

Permintaan untuk kereta sewa bergantung kepada lokasi dan antara yang mendapat permintaan tinggi adalah kawasan yang mempunyai universiti atau kolej.

Selain itu, anda juga boleh gunakan kereta anda dan mengambil upah sebagai pemandu Uber atau Grab Car. Jika kos ansuran bulanan, maintenance, insuran dan cukai jalan adalah RM1,000, pastikan anda memperoleh keuntungan melebihi dari kos tersebut.

Pelaburan

Antara contoh pelaburan yang memerlukan anda menggunakan fasiliti pinjaman atau pembiayaan adalah hartanah dan ASB.

Untuk pelaburan hartanah, kelayakan pinjaman dari pihak bank sangat penting bagi membolehkan anda mendapat keuntungan dari pelaburan hartanah ini. Salah satu keunikan pelaburan hartanah adalah bayaran ansuran bulanan dibayar oleh penyewa rumah tersebut.

Hutang tersebut tidak mengganggu pendapatan anda dan pada masa yang sama anda juga boleh mendapat pendapatan tambahan.

Manakala pembiayaan ASB yang kini semakin popular memberi peluang kepada pelabur untuk mendapat keuntungan lebih tinggi berbanding menyimpan seperti biasa. Apabila menggunakan fasiliti pembiayaan, dividen yang diterima adalah lebih tinggi kerana jumlah prinsipalnya yang lebih tinggi.


Perniagaan

Pinjaman perniagaan seharusnya digunakan untuk mengembangkan perniagaan dan tidak sesuai untuk memulakan perniagaan. Tetapi jika anda mempunyai pengalaman yang banyak, hutang untuk berniaga mungkin tidak mempunyai masalah bagi anda.

Jika anda sudah mempunyai perniagaan sendiri tetapi masih lagi kecil, anda boleh menggunakan pembiayaan dan pinjaman yang disediakan oleh pihak bank atau institusi kewangan. Gunakan wang pinjaman tersebut untuk mengembangkan lagi perniagaan supaya mendapat keuntungan yang lebih banyak.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post