Adakah 'property bubble' boleh berlaku di Malaysia? Ini tanda-tanda yang anda boleh lihat


Mungkin anda pernah dengar berkenaan harga rumah yang jatuh menjunam seperti yang berlaku di negara luar. Banyak faktor yang menyebabkan harga rumah boleh jatuh menjunam dan menyebabkan ramai mengalami kerugian.

Apa itu property bubble?
Keadaan apabila harga rumah meningkat dengan cepat atas faktor permintaan yang tinggi dan juga pemilikan melalui pinjaman yang mudah.

Kenapa harga rumah tersebut boleh jatuh menjunam?
Apabila kadar faedah menjadi lebih tinggi dan pinjaman perumahan menjadi lebih sukar, permintaan akan menjadi semakin berkurang. Ini menyebabkan harga rumah boleh jatuh menjunam.

Adakah kes seperti itu boleh berlaku di Malaysia? Berikut adalah tanda-tanda awal yang boleh anda lihat jika krisis property bubble bakal berlaku di Malaysia.

Pinjaman atau pembiayaan perumahan senang lulus

Ketika krisis subprime mortgage, kebanyakan bank telah meluluskan pembiayaan dan pinjaman perumahan dengan mudah walaupun dengan dokumen yang sedikit.

Lebih mudah, pinjaman perumahan telah diberikan kepada individu yang tidak layak atas faktor komitmen sudah terlalu tinggi dan sebagainya.

Adakah di Malaysia juga terjadi seperti ini? Jawapannya adalah tidak. Jika anda lihat keadaan sekarang, pihak bank mengetatkan kelayakan pinjaman perumahan dan hanya diberikan kepada individu yang betul-betul layak sahaja.

Ini adalah satu petanda yang baik bagi mengawal pasaran hartanah di Malaysia dan bagi mengelakkan masalah harga rumah meningkat dengan cepat.

Selain itu, polisi kerajaan yang hanya membenarkan pinjaman sehingga 70% untuk rumah ketiga dan seterusnya juga merupakan satu cara bagi mengelakkan masalah harga rumah meningkat dengan cepat.

Baca : 5 faktor yang menyebabkan nilai rumah anda tidak meningkat

Kadar faedah atau keuntungan terlalu rendah

Formula asas dalam pinjaman atau pembiayaan perumahan adalah apabila kadar faedah rendah, bayaran bulanan juga akan rendah. Pada masa yang sama, pinjaman perumahan lebih mudah untuk lulus.

Contoh untuk rumah yang berharga RM100,000, jika kadar faedah 4%, bayaran ansuran mungkin hanya RM450 sebulan sahaja. Tetapi, jika kadar faedah 8%, bayaran ansuran mungkin melebihi RM700 sebulan.

Di Malaysia, kadar faedah atau kadar keuntungan masih lagi seimbang bergantung kepada individu atau peminjam sendiri.

Jika kadar faedah terlalu rendah, permintaan terhadap hartanah akan meningkat dan menyebabkan harga rumah juga meningkat dengan cepat.

Leveraging yang terlalu banyak

Leveraging terlalu banyak bermaksud pembeli rumah menggunakan sepenuhnya atau 100% pinjaman dari pihak bank tanpa perlu mengeluarkan wang sendiri.

Untuk pembiayaan rumah pertama dan kedua, pihak bank hanya boleh berikan 90% sahaja jumlah pembiayaan dari harga rumah. Manakala rumah ketiga dan seterusnya pula adalah sehingga 70% sahaja.

Di Malaysia, hanya terdapat beberapa skim pinjaman sahaja yang membolehkan peminjam mendapatkan pinjaman sehingga 100% dengan syarat yang ketat. Jika polisi seperti ini diteruskan, harga rumah dapat dikawal.

Tujuan pinjaman 100% ini diperkenalkan adalah untuk membantu orang ramai yang mempunyai masalah untuk menyediakan deposit sehingga 10% dari harga rumah. Namun, jika skim ini tidak dikawal dengan baik, akan menyebabkan ramai individu mengambil kesempatan.

Harga rumah terlalu mahal

Property bubble bermaksud kenaikan harga rumah secara mendadak dan cepat. Salah satu indicator yang anda boleh lihat sama ada harga rumah di Malaysia meningkat dengan cepat dan mendadak adalah dengan membandingkan dengan kenaikan gaji.

Adakah kenaikan harga rumah di Malaysia selari dengan kenaikan gaji kebanyakan rakyat Malaysia. Sebenarnya, ini adalah satu-satunya perkara yang sedang berlaku di Malaysia dan perkara ini harus dipandang serius.

Bukan sahaja harga rumah tidak selari dengan gaji, malah kenaikan kos sara hidup juga tidak selari dengan gaji yang diterima.

Dalam pelaburan, setiap yang naik pasti akan turun. Pelabur yang baik akan ambil peluang ketika ekonomi sedang naik dan juga turun.

Property bubble adalah sesuatu yang sukar untuk dijangka atas faktor terdapat permintaan yang betul dan tidak betul (speculator). Selain itu, campuran pembeli untuk tinggal sendiri dan pelaburan juga menyebabkan property bubble sukar untuk dilihat.

Baca : Jangan beli rumah jika anda nampak tanda-tanda ini

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post