3 kesilapan universiti yang menyebabkan ramai graduan hampir muflis selepas tamat belajar


Tahun lepas, statistik telah menunjukkan ramai anak muda yang bankrap dan jumlah tersebut meningkat dari tahun sebelumnya.

Perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan kerana kebanyakan mereka adalah lepasan universiti dan mempunyai segulung ijazah atau diploma.

Adakah ilmu di universiti tidak cukup untuk menghalang graduan terjebak dengan muflis dan bankrap?

Berikut adalah beberapa perkara yang pihak universiti perlu tingkatkan lagi bagi memastikan tiada graduan yang hampir kepada keadaan muflis.

Kewangan bukan untuk semua

Hanya pelajar yang ambil subjek kewangan sahaja yang belajar tentang kewangan. Ini yang berlaku hari ini.

Adakah subjek kewangan tidak penting untuk pelajar lain? Selepas tamat belajar, semua graduan akan menghadapi satu situasi yang penting iaitu mengurus gaji pertama mereka. Ini menunjukkan setiap orang perlu tahu mengenai pengurusan kewangan.

Walaupun pelajar tersebut mempunyai ijazah dalam kewangan, tetapi masih juga terlibat dengan masalah hutang yang tinggi dan juga masalah tidak mempunyai simpanan.

Teori sekadar teori

Setiap teori yang dibelajar di dalam kelas hanya untuk peperiksaan sahaja. Bagi pelajar yang mengambil subjek kewangan peribadi (personal finance) mungkin ada belajar mengenai percukaian untuk individu. Tetapi, sekadar untuk peperiksaan kerana semuanya hilang selepas tamat belajar.

Baca : 4 perkara pelajar perlu tahu berkenaan dengan hutang

Jika teori tidak dipraktikan, semuanya akan hilang. Begitu juga dengan subjek asas pelaburan yang hanya menerangkan teori tetapi tidak praktikal. Contohnya, pelaburan saham terdapat dalam subjek pelaburan tetapi tiada pelajar yang buka akaun saham.

Ilmu teori itu sangat penting kerana tanpa teori, praktikal tidak dapat dijalankan. Namun, kurangnya ilmu teori yang dipraktikkan menjadi punca utama ramai graduan tidak faham berkenaan pengurusan kewangan yang baik.

Tiada ilmu untuk survival

Ini ilmu yang paling penting untuk graduan terus hidup dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan penuh dengan persaingan.

# Graduan tidak tahu beza kehendak dan keperluan. Sebab itu masih ramai yang terpaksa menanggung hutang yang banyak
# Graduan masih lagi tiada matlamat kewangan yang jelas
# Graduan masih gagal faham kepentingan memiliki aset
# Graduan masih gagal membuat simpanan

Banyak lagi perkara yang graduan perlu tahu untuk terus survive. Selain itu, ramai juga yang menjadi mangsa skim cepat kaya datangnya dari kerjaya dan pendidikan yang hebat.

Pinjaman pendidikan masih tidak cukup

Walaupun sekarang sudah ramai pelajar yang mula menambah pendapatan, masih terdapat lagi juga yang gagal menguruskan pinjaman pendidikan yang diterima dengan baik.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post