Dilanggar kereta yang tiada insuran?Ini cara untuk anda tuntut ganti rugi

Image result for HIT AND RUN

Jika anda dilanggar oleh pemandu kereta, anda boleh menuntut ganti rugi dari pesalah tersebut melalui Insuran Pihak Ketiga. Kes seperti ini memang sering berlaku dan jarang menimbulkan masalah.

Tetapi, apa yang akan terjadi jika kenderaan yang melanggar anda tersebut tidak mempunyai insuran? Anda pasti risau kerana tiada tempat untuk anda menuntut ganti rugi tersebut.

Untuk pengetahuan, jika kes seperti itu berlaku, anda boleh menuntut ganti rugi dari syarikat Motor Insurers' Bureau of West Malaysia (MIB).

Berikut adalah cara-cara untuk anda tuntut ganti rugi jika dilanggar oleh kenderaan yang tidak mempunyai insuran.
  1. Hantar tuntutan ganti rugi anda ke MIB atau anda boleh lantik peguam bagi pihak anda.
  2. Pastikan anda ingat nombor plat kenderaan yang melanggar anda. Kes langgar lari yang tiada nombor plat tidak akan diproses oleh MIB.
  3. Tuntutan mestilah dihantar dalam tempoh tiga (3) tahun dari hari kemalangan.
  4. MIB hanya akan membayar ganti rugi jika berlaku kemalangan terhadap diri sendiri. 
  5. Kerosakan kenderaan dan barang peribadi tidak akan dibayar ganti rugi.

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:
  1. Surat rasmi tuntutan anda yang mengandungi butiran dan maklumat kemalangan.
  2. Laporan polis
  3. Laporan polis dari pihak ketiga (jika ada)
  4. Laporan perubatan

Hantar dokumen lengkap tersebut ke alamat berikut:

Motor Insurers' Bureau Of West Malaysia


Wisma Piam, No. 150-3, 3rd Floor, Jalan Tun Sambanthan, Brickfields, 50782, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, 50782 Kuala Lumpur, Malaysia
Phone: +60 3-2274 7395

3 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post