5 faktor ini yang menyebabkan nilai rumah yang anda beli tidak meningkat.


Harga rumah sentiasa meningkat dan menguntungkan? Tidak semua hartanah yang di beli akan beri keuntungan kepada pembelinya.

Terdapat beberapa kes berlaku apabila harga dan nilai rumah tersebut tiada kenaikan atau meningkat dengan perlahan.

Berikut adalah antara punca-punca harga dan nilai rumah yang dibeli untuk pelaburan tidak meningkat.

#1 Banyak perniagaan atau kedai tutup

Salah satu faktor yang menyebabkan sesuatu kawasan meningkat dan mendapat permintaan yang tinggi adalah kerana premis perniagaan yang banyak seperti kedai makan, kedai runcit dan lain-lain lagi.

Fasiliti asas ini menjadi perkara penting dalam pemilihan orang ramai untuk tinggal di kawasan tersebut. Jika terdapat terlalu banyak perniagaan dikawasan tersebut tutup, maka permintaan untuk kawasan tersebut juga akan semakin berkurang.

#2 Pemaju gulung tikar

Apabila pemaju gulung tikar, proses untuk tukar nama menjadi semakin sukar. Kebanyakan pihak bank tidak memberi pembiayaan atau pinjaman perumahan jika pemaju rumah tersebut sudah bankrap.

Selain, apabila pemaju sudah tiada, pengurusan kawasan tersebut juga tidak dapat diurus dengan baik terutama rumah yang masih tiada geran individu atau strata tittle.

#3 Kes jenayah meningkat

Peningkat kes jenayah di sesuatu kawasan juga menjadi punca harga dan nilai kawasan tersebut tidak meningkat. Kes seperti kecurian, ragut, rogol, samun dan lain-lain lagi antara punca orang ramai takut untuk tinggal di kawasan tersebut.

Baca : Hanya 6% rakyat Malaysia mempunyai simpanan yang mencukupi. Selebihnya?

4 Kawasan banjir 

Kawasan yang sering dilanda banjir juga akan menyebabkan orang ramai tidak mahu tinggal dikawasan tersebut.

Kawasan banjir bukan sahaja menyebabkan kesesakan lalu lintas malah mungkin lebih teruk menyebabkan kerosakan pada kenderaan anda. Masalah seperti ini jika tidak diselesaikan dengan segera akan menyebabkan orang ramai mula keluar dari kawasan tersebut.

#5 Terlalu banyak unit

Jika unit atau rumah sedia ada melebihi dari permintaan di kawasan tersebut, ini menyebabkan harga rumah tersebut lambat untuk naik.

Faktor permintaan terhadap sewa juga menjadi penyebab harga rumah tidak naik. Jika unit terlalu banyak, penyewa mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan sewa yang lebih rendah.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post