Senarai dokumen penting yang anda perlu sediakan untuk permohonan pinjaman perumahan


Dokumen yang dilampirkan penting untuk memudahkan permohonan pinjaman perumahan anda diluluskan. Bagi pelabur hartanah, dokumen-dokumen dibawah sangat penting terutama jika mahu beli rumah dengan banyak.

Berikut adalah antara dokumen penting yang anda perlu sediakan untuk memohon pinjaman perumahan.

ASAS
  • Salinan kad pengenalan
Ini adalah dokumen paling penting sebagai pengesahan kerakyatan anda di negara ini.
  • Surat pengesahan jawatan
Sesetengah bank hanya boleh meluluskan permohonan pinjaman perumahan jika anda sudah mendapat pengesahan jawatan di tempat anda bekerja. Bagi pekerja berstatus kontrak pula, hanya sesetengah bank beri pinjaman perumahan.
  • Surat tempahan (Booking Form)
Ini menunjukkan yang anda sudah membuat tempahan awal iaitu bayaran 3% dari harga rumah kepada tuan rumah melalui ejen hartanah.
  • Geran rumah
Bagi rumah bertingkat seperti flat dan apartment, geran individu sangat penting untuk memudahkan pihak bank meluluskan pinjaman perumahan anda.

GAJI
  • Penyata gaji
Jika gaji anda adalah tetap, pihak bank memerlukan penyata gaji untuk tiga (3) bulan terakhir. Manakala jika gaji tidak tetap, pihak bank memerlukan enam (6) bulan yang terakhir.
  • Penyata bank
Penyata bank yang menunjukkan gaji anda telah dikreditkan oleh majikan anda dengan jumlah yang sama seperti dalam penyata gaji anda.
  • Penyata KWSP
Penyata KWSP juga penting bagi menunjukkan majikan anda telah menjalankan tanggungjawab dengan baik.
  • Pendapatan lain
Jika anda mempunyai pendapatan tambahan seperti perniagaan online, sediakan dokumen yang berkaitan.

HUTANG
  • Surat tawaran
Lampirkan surat tawaran pinjaman anda seperti hutang kereta yang menunjukkan jumlah bayaran ansuran setiap bulan.
  • Surat penyelesaian
Jika anda masih mempunyai rekod hutang dalam laporan CCRIS tetapi sudah selesai, lampirkan surat penyelesaian hutang tersebut.

LAIN-LAIN
  • Aset (Rumah, Tanah)
  • Cukai (Borang BE/B, Borang EA)
  • Pelaburan (Unit trust, Saham)
  • Perlindungan (Insuran Nyawa)
Dokumen-dokumen di atas perlu disediakan lebih awal untuk memudahkan pegawai bank memproses permohonan anda. Selain itu, dokumen di atas juga perlu disediakan dengan lebih kemas dan tersusun serta mudah dibaca.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post