Ekonomi merudum. Sesuai ke melabur dalam pasaran hartanah?


Apa yang akan terjadi terhadap pasaran hartanah ketika ekonomi sedang jatuh?--Ini persoalan yang sering ditanyakan oleh orang ramai kerana bimbang faktor ekonomi menyebabkan pelaburan tidak memberi keuntungan.

Untuk menjawab soalan diatas, berikut adalah beberapa perkara penting yang membantu menyelesaikan masalah anda.


Harga rumah turun?

Ramai yang percaya bahawa ketika ekonomi sedang jatuh, harga rumah pun akan turut jatuh. Ya dan tidak. Bagaimana?--Bagi rumah yang berharga RM300,000 dan ke bawah, anda tidak akan nampak penurunan harga. Hanya rumah yang mahal atau RM500,000 ke atas akan memberi kesan.

Rumah yang murah masih mendapat permintaan yang tinggi dari orang ramai walaupun keadaan ekonomi yang tidak stabil. Manakala bagi rumah yang mahal, permintaan adalah sangat terhad dan ini menyebabkan tuan rumah terpaksa menurunkan harga tersebut.

Jika anda seorang pelabur, ini adalah waktu sesuai untuk beli rumah kerana harga yang murah.

Baca : Ini cara pelabur hartanah dapatkan rumah yang murah

Tuan rumah terdesak nak jual

Kenapa tuan rumah ‘terdesak’ untuk menjual mereka dengan harga yang lebih murah?—semuanya adalah kerana faktor ekonomi yang menyebabkan mereka dibuang kerja, turun gaji dan sebagainya.

Oleh kerana mahu menggunakan tunai yang cepat, mereka rela hati menjual pada harga yang lebih murah. Walaupun harga yang dijual adalah rendah, ‘nilai’ rumah tersebut masih lagi sama.

Sewa semakin turun?

Asas kepada pelaburan hartanah adalah kadar sewa mesti melebihi kadar bayar ansuran. Dengan konsep ini, pelabur akan mendapat keuntungan setiap bulan. Ketika ekonomi sedang jatuh, adakah kadar sewa ini juga akan turut jatuh?

Status ekonomi tidak terlalu memberi kesan terhadap kadar sewa semasa. Kadar sewa lebih terkesan dengan permintaan terhadap rumah tersebut. Jika kawasan tersebut mempunyai permintaan yang tinggi, kadar sewa juga akan tinggi walaupun ekonomi tidak baik.

Banyak lagi faktor yang menyebabkan kadar sewa menjadi tinggi atau rendah. Sebagai pelabur hartanah, anda perlu menjadi lebih kreatif untuk menarik minat penyewa anda dengan serta memilih hartanah yang tepat sebagai pelaburan.

Baca : Bilakah masa terbaik untuk beli rumah?

Rumah lelong meningkat

Anda mungkin perasan sekarang semakin banyak rumah yang terpaksa dilelong oleh pihak bank. Status ekonomi menjadi salah satu sebab terhadap peningkatan rumah yang dilelong.

Akibat dari pengurusan kewangan yang terganggu, pembeli mempunyai masalah untuk membayar ansuran kepada pihak bank sehingga rumah tersebut terpaksa dilelong. Ini adalah peluang terbaik untuk anda mendapatkan rumah pada harga yang lebih murah melalui acara lelong ini.

Nota : Pelabur hartanah sepatutnya bijak mengambil peluang ketika ekonomi turun atau naik.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post