4 perkara 'buang masa' yang anda perlu elak untuk lebih berjaya

Image result for time management
Kebanyakan individu yang berjaya mempunyai sikap yang sama iaitu tidak melakukan perkara yang membuang masa. Mereka hanya fokus kepada perkara yang memberi manfaat kepada diri dan orang lain.

Jika anda juga mahu berjaya, cuba elakkan perkara-perkara 'buang masa' seperti berikut:

Bercakap hal orang lain

Bercakap mengenai hal orang lain terbahagi kepada dua (2) iaitu yang baik dan tidak baik. Jika yang baik, perkara yang anda bincangkan akan memberi semangat kepada anda dan orang lain.

Tetapi jika anda bercakap perkara yang tidak baik, itu hanya akan membuang masa anda sahaja. Jika seseorang bercakap mengenai anda, itu tandanya anda sudah berada satu tahap yang lebih tinggi.

Fokus kepada masalah

Masalah memang sentiasa datang kepada anda. Jika anda fikir masalah adalah satu 'masalah', anda akan terbeban dan sukar untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Individu yang berjaya biasanya menganggap masalah sebagai satu peluang untuk meningkatkan diri mereka.

Selain itu, jangan terlalu fokus kepada kesilapan lepas yang anda telah lakukan. Belajar dari pengalaman dan terus bergerak ke hadapan.

Jika masalah datang, anda mempunyai dua (2) pilihan iaitu sama ada mahu selesaikan atau lari dari masalah. Jika anda cuba selesaikan masalah, anda akan terima keputusan sama ada berjaya atau tidak. Tetapi, anda tetap dapat belajar sesuatu darinya.

Lepak tanpa tujuan

Satu lagi aktiviti yang semakin popular tetapi pada masa yang sama mungkin tidak bermanfaat kepada anda. Kebanyakan orang yang berjaya memang suka 'melepak' tetapi dengan niat untuk menambah kenalan. Ini yang dinamakan sebagai networking.

Tetapi jika anda hanya melepak tanpa arah tujuan, itu perkara yang membuang masa. Pastikan apabila anda pergi 'melepak', hanya bincang berkenaan dengan rancangan atau penyelesaian masalah.

Kawan 'melepak' juga akan menjadi faktor topik perbincangan anda. Jika anda melepak dengan orang yang sentiasa bercakap perkara yang negatif, anda juga akan turut sama menjadi negatif. Tetapi, jika anda melepak bersama individu yang positif, hidup anda akan berubah menjadi lebih positif.

Menonton televisyen

Menonton televisyen tidak salah. Tetapi, jika menonton secara berlebihan dan hanya menonton rancangan hiburan sahaja, itu yang akan menjadi masalah kepada anda.

Pilih rancangan televisyen yang hanya memberi manfaat serta menambah ilmu pengetahuan anda sahaja.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post