Simpan di tempat yang salah punca ramai orang rugi. Ini tip terbaik untuk pilih tempat simpanan yang menguntungkan

Image result for robert kiyosaki SAVER LOSER
Ramai yang mula sedar bahawa wang yang mereka simpan sebenarnya telah mengalami penurunan matawang. Jika dahulu dengan RM50 anda boleh beli banyak barang dalam pasaraya. Namun, jumlah tersebut kini hanya mampu beli sedikit sahaja barang.

Perkara ini terjadi adalah kerana penurunan matawang dan juga kos sara hidup yang semakin meningkat. Bagi anda yang ingin membuat simpanan, pastikan anda pilih 'tempat simpanan' yang betul dan tidak merugikan.

Berikut adalah beberapa tip yang anda wajib ikut untuk pilih tempat simpanan terbaik.

#1 Banyak manfaat
Seorang pakar kewangan dan pelaburan, Robert Kiyosaki pernah memberitahu bahawa jika anda membuat terlalu banyak simpanan, hanya akan merugikan anda.

Kenapa rugi? Pertama sekali adalah kerana matawang yang anda simpan akan berkurang nilainya. Oleh sebab itu, jika anda mahu menyimpan juga, pastikan ‘tempat simpanan’ tersebut memberi manfaat yang banyak dan bukan sekadar simpanan.

Salah satu penanda aras yang anda perlu lihat adalah ‘ pastikan dividen lebih tinggi dari kadar inflasi’. Ya, jika anda simpan di dalam akaun simpanan biasa yang hanya menawarkan dividen yang rendah, anda sedang mengalami kerugian.

Simpan dan dapat pampasan? Jangan terkejut kerana sekarang terdapat satu akaun simpanan yang boleh menawarkan manfaat pampasan kematian. Baru-baru ini, Berita Harian telah melaporkan seorang guru telah menerima pampasan sebanyak RM170,037.20 dari pihak PTPTN selepas isteri beliau meninggal dunia akibat kemalangan.

Tindakan isteri tersebut yang menyimpan di ‘tempat simpanan’ yang betul ketika masih hidup telah memberi manfaat kepada keluarga beliau.

#2 Simpanan di jamin kerajaan
Dengan ekonomi yang tidak menentu, bukan sahaja syarikat kecil yang akan terkesan. Bank juga turut terkesan dengan keadaan tersebut. Pastikan simpanan anda dilindungi oleh keraajaan atau Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM).

Elakkan untuk menyimpan atau melabur di tempat yang tiada jaminan dari kerajaan atau PIDM sendiri kerana risiko yang terlalu tinggi.

#3 Cabutan bertuah

Simpan duit dan menang hadiah? Mungkin ramai yang sudah tahu berkenaan Sijil Simpanan Premium (SSP) dari BSN dimana anda boleh menang hadiah seperti kereta dan wang tunai. Namun, terdapat satu lagi simpanan yang mempunyai cabutan bertuah yang anda boleh cuba iaitu SSPN-I Plus.

Dengan hanya RM50 sahaja, anda sudah boleh menyertai cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti kereta Proton Perdana 2.4, Toyota Vios dan banyak lagi. Klik [sini] jika anda ingin menyertai cabutan bertuah tersebut.

#4 Untung, untung dan untung
Sebelum menyimpan, pastikan anda buat perbandingan terlebih dahulu. Berikut adalah beberapa contoh akaun simpanan yang anda boleh cuba.
  • Tabung Haji
  • ASB
  • Private Retirement Scheme (PRS)
  • SSPN-i Plus
  • Unit trust
Pilih yang lebih menguntungkan anda terutama yang boleh beri anda dividen dan juga pampasan kematian.

Untuk tahun 2016, banyak simpanan dan pelaburan hanya memberikan pulangan atau dividen yang rendah kerana faktor ekonomi yang tidak menentu. Oleh sebab itu, kami sarankan anda untuk fokus kepada manfaat tambahan lain.

#5 Pelepasan cukai
Tahukah anda, kerajaan telah memberi pelepasan cukai sehingga RM12,000 setahun untuk setiap simpanan anda di dalam SSPN. Bagi individu yang ingin lari dari bayar cukai, anda mungkin boleh simpan duit anda di akaun simpanan SSPN-i Plus ini.

Melainkan anda memang ‘ikhlas’ untuk bayar cukai setiap tahun, anda boleh abaikan akaun simpanan terbaik ini.

Psst : Bawah ini ada satu akaun best yang anda boleh cuba simpan dan dapat elaun masuk hospital, khairat kematian, pampasan, cabutan bertuah dan macam-macam lagi. Serendah RM30 sebulan sahaja. [BUKA AKAUN SEKARANG]

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post