Penat dengan kos sara hidup yang semakin meningkat?Tambah pendapatan hujung minggu melalui 5 cara mudah ini

Image result for extra income

Peningkatan kos sara hidup adalah sesuatu yang sudah dijangka. Keadaan ekonomi yang tidak menentu juga menjadi salah satu sebab kos sara hidup meningkat dengan cepat. Masalah ini bukan sahaja membebankan golongan rendah malah memberi kesan kepada golongan pertengahan dan atas.

Bagi mengatasi masalah peningkatan kos sara hidup ini, hanya terdapat dua cara sahaja iaitu sama ada mengurangkan perbelanjaan atau meningkatkan pendapatan setiap bulan.

Berikut adalah beberapa cara mudah untuk anda lakukan setiap hujung minggu untuk menjana pendapatan sampingan.

Uber

Jika anda mempunyai kereta, ini adalah cara terbaik untuk anda menjana pendapatan sampingan pada hujung minggu. Dengan hanya menghabiskan lapan (8) jam sehari, anda sudah boleh membawa pulang RM200 melalui uber.

Jika masih tidak tahu bagaimana untuk bermula dengan Uber, boleh baca artikel tersebut di sini Rahsia jana RM2,000 sebulan dengan Uber secara sambilan sahaja.

Perniagaan internet

Salah satu perniagaan tanpa modal atau hanya memerlukan modal yang sangat rendah adalah dengan menjadi ejen jualan dan menjual produk orang lain melalui internet. Kerja utama anda adalah dengan mempromosikan produk orang lain.

Anda akan terima komisyen bagi setiap jualan yang dilakukan. Lebih menarik lagi, anda tidak perlu menyimpan stok produk yang ingin anda jual dan juga anda tidak perlu menghantar barang tersebut kepada pelanggan. Kerja mudah ini hanya boleh dilakukan di rumah sahaja dan juga menggunakan telefon bimbit.

Baca : Pendapatan kedua kini bukan lagi satu pilihan

Jurugambar

Jika anda mempunyai minat untuk mengambil gambar, jadikan hobi tersebut sebagai salah satu punca pendapatan anda. Setiap minggu, anda boleh mengambil kerja melalui majlis perkahwinan yang kini memerlukan perkhidmatan jurugambar.

Perkhidmatan jurugambar bukan sahaja digunakan untuk majlis perkahwinan malah turut terlibat dalam majlis pertunangan, majlis hari jadi, majlis graduasi dan banyak lagi. Gunakan peluang ini sebaiknya untuk meningkatkan pendapatan anda.

Penulis

Anda tidak perlu menjadi penulis profesional untuk menerbitkan buku anda sendiri. Semua orang boleh menulis ebook mereka sendiri dan jual kepada orang ramai melalui internet. Kebanyakan ebook yang dijual di pasaran internet adalah berharga antara RM10 hingga RM30 bagi sebuah ebook.

Untuk menghasilkan ebook, anda perlu mencari satu topik yang anda mahir dan minat. Perkongsian pengalaman juga akan menarik perhatian orang ramai untuk membaca ebook tersebut. Kos untuk menghasilkan ebook juga adalah sangat rendah.

Penasihat kewangan

Salah satu kerjaya sambilan yang mudah untuk anda lakukan adalah dengan menjadi penasihat kewangan. Tugas utama anda adalah untuk memberi nasihat dan kesedaran kepada orang ramai berkenaan manfaat pelaburan unit trust, pembiayaan ASB atau takaful.

Setiap orang yang anda kenal adalah pelanggan anda. Jadi, tiada masalah untuk menjalankan aktiviti sebagai penasihat kewangan ini. Sebelum bermula, anda perlu mengambil lesen dahulu dan menjadi ejen yang sah dan berdaftar.

Terdapat juga satu program dimana syarikat takaful menawarkan elaun tetap setiap bulan iaitu RM3,000 jika terdapat individu yang berminat untuk menjadi penasihat kewangan secara sepenuh masa. Program 'Special Talent Search'



Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post