Cara bijak untuk hidup tanpa beli kereta sendiri yang mahal kena bayar setiap bulan


Bayar ansuran kereta yang tinggi setiap bulan menjadi punca utama individu gagal membuat simpanan. Bukan sahaja ansuran bulanan malah kos perbelanjaan lain yang terlibat juga akan membebankan.

Namun, pada hari ini, kereta kelihatan sangat penting terutama untuk tujuan pergi ke tempat kerja. Bagaimana mahu teruskan hidup jika tidak mempunyai kereta sendiri?

Berikut adalah beberpa cara yang boleh anda lakukan.

Motosikal

Baru-baru ini ada satu cerita yang sudah viral di mana seorang doktor menaiki motosikal untuk pergi ke tempat kerja. Walaupun mempunyai gaji yang tinggi serta jawatan yang profesional, doktor tersebut mengambil keputusan untuk fokus kepada simpanan dan penjimatan.

Baca : 8 sebab orang ramai mula menyimpan dalam akaun SSPN-i Plus

Rata-rata individu yang mempunyai kereta terpaksa menghabiskan hampir sebahagian gaji dan pendapatan mereka hanya untuk bayaran ansuran dan kos terlibat.

Antara cabaran paling besar jika menaiki motosikal berbanding kereta adalah apabila hujan lebat. Jika hujan renyai-renyai, anda boleh menggunakan baju hujan supaya tidak basah. Namun, jika hujan lebat, anda mungkin terpaksa menangguhkan perjalanan anda seketika.

Risiko? Bagi wanita, menaiki motosikal adalah sangat berisiko tinggi untuk berlakunya kemalangan. Namun, itu bukanlah satu alasan kerana ramai wanita bekerja yang menaiki motosikal untuk pergi ke pejabat.

Kenderaan awam

Jika anda tinggal di kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam seperti bas, KTM, LRT dan Monorail, anda sebenarnya tidak memerlukan penggunaan kereta terutama jika bekerja di tengah bandar.

Baca : Tambah pendapatan sebagai ejen takaful

Menaiki kereta di tengah bandar bukan sahaja meningkatkan perbelanjaan, malah sering tersangkut dalam kesesakan lalu lintas. Sebelum memilih rumah sewa, pilih juga kawasan yang mempunyai kemudahan pengangkutan awam.

Sewa bila perlu

Hujung minggu rancang pergi bercuti? Anda hanya perlu sewa kereta mengikut hari percutian anda sahaja. Cara ini lebih menjimatkan kerana anda hanya bayar penggunaan kenderaan ketika perlu sahaja.

Terdapat banyak syarikat kereta sewa yang menawarkan servis satu Malaysia dan tempahan juga boleh dilakukan melalui internet dan telefon sahaja.

Kecemasan

Bagaimana jika berlaku kecemasan?
  • Anda boleh guna perkhidmatan Uber atau Grab Car
  • Simpan nombor telefon pemandu teksi yang berhampiran
Walaupun hidup tanpa kereta kelihatan seperti amat menyakitkan, namun ini adalah antara pengorbanan awal yang anda boleh lakukan. Jika status kewangan sudah stabil, anda boleh mula dapatkan kereta impian anda.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post