9 sikap rakyat Malaysia yang menyebabkan negara tidak akan maju pada tahun 2020

Image result for throw rubbish window car
Status negara maju bukan sahaja di nilai dari sudut kemajuan teknologi tetapi sikap rakyat negara itu sendiri. Sehingga hari ini, masih banyak lagi sikap rakyat Malaysia yang menghalang negara ini menjadi maju.

Berikut adalah antara sikap buruk yang masih lagi terjadi di kalangan rakyat Malaysia.


Buang sampah melalui tingkap kereta

Sehingga hari ini masih ramai lagi yang mempunyai perangai membuang sampah keluar melalui tingkap kereta. Walaupun nampak seperti kesalahan kecil, namun itu menunjukkan bahawa negara kita tidak bersedia untuk menjadi sebuah negara maju yang bersih.

Perkara seperti ini tidak akan terhenti jika ibu bapa menunjukkan sikap buruk ini kepada anak mereka. Anak kecil juga akan melakukan perkara yang sama jika contoh sudah di lihat depan mata mereka sendiri.

Langgar lampu isyarat

Bukan sahaja membahayakan diri sendiri tetapi juga orang lain. Risiko yang perlu anda hadapi adalah sangat tinggi apabila melanggar lampu isyarat. Bukan sahaja kemalangan yang menyebabkan kecederaan diri malah kerosakan kenderaan anda.

Semua perkara ini akan menyebabkan anda perlu mengeluarkan kos perbelanjaan yang tinggi.

Baca : 5 sikap buruk rakyat Malaysia ketika berbelanja

Merokok tanpa menghiraukan orang lain

Walaupun sudah diletakkan papan tanda dilarang merokok, masih ramai lagi yang merokok di tempat-tempat yang dilarang. Walaupun tempat tersebut tiada larangan merokok, anda masih perlu lihat sekeliling sama ada terdapat orang lain terutama kanak-kanak yang masih kecil.

Sikap tidak peduli hal orang lain seperti ini akan merosakkan sistem kemasyarakatan dalam negara.

Tidak menepati janji

Ini adalah sikap buruk yang masih lagi diamalkan oleh segelintir rakyat Malaysia. Buat temujanji tetapi gagal tepati. Kes seperti ini banyak berlaku apabila melibatkan temujanji dengan ejen rumah, ejen takaful dan individu yang tidak memberi sebarang keuntungan kepada mereka.

Jika anda ingin batalkan temujanji tersebut, sila beritahu individu yang anda ingin jumpa lebih awal.

Tidak menghormati kerjaya orang lain

Kerja sendiri lebih bagus dari kerja makan gaji? Jika anda masih mempunyai persepsi seperti ini, kemajuan memang sukar untuk dicapai. Setiap pekerjaan, tidak kira bergaji rendah atau tinggi mempunyai fungsi dan peranan masing-masing.

Malas membaca

Baca 5 buah buku setahun? Tidak cukup sebenarnya. Anda perlu baca sekurang-kurangnya sebuah buku sebulan. Topik buku yang dibaca juga mestilah bahan bacaan yang bermanfaat tidak termasuk novel dan majalah.

Keadaan ini juga berlaku di dunia internet di mana ramai individu yang lebih gemar memberi pandangan atau komen sebelum membaca sesuatu artikel.


Hiburan berlebihan

Orang kaya tiada masa menonton televisyen? Bukan tiada masa tetapi tiada rancangan yang bermanfaat. Jika televisyen penuh dengan rancangan yang bermanfaat, menonton televisyen juga akan menjadi salah satu hobi mereka.

Rancangan waktu puncak semuanya penuh dengan hiburan. Manakala rancangan waktu tidak punca (tidak ramai penonton) pula rancangan yang bermanfaat.

Pengurusan kewangan yang teruk

Muda-muda lagi sudah muflis. Tahun lepas, keluar satu statistik baru dimana kadar muflis golongan muda telah meningkat.

Baca : Kadar bankrap anak muda naik 178%. Mana silapnya?

Gagal mengurus kewangan dengan baik juga menunjukkan aras kemajuan sesebuah negara masih lagi rendah.

Hormat semasa dalam kenderaan awam

Perkara yang tidak perlu diberitahu lagi iaitu berkenaan menghormati golongan yang memerlukan. Jika dalam tren KTM, terdapat kos khas untuk wanita namun terdapat juga golongan yang masih tidak faham berkenaan peraturan tersebut.

Semua sikap di atas tidak memberi keuntungan kepada diri sendiri tetapi sangat membantu menjadi Malaysia sebuah negara yang maju.

Baca : Dapatkan pelan perlindungan untuk keluarga anda

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post