'Saya bayar takaful setiap bulan ada saving tak?'



Antara soalan yang sering ditanya oleh orang ramai sebelum mereka mengambil takaful adalah seperti:

'Berapa simpanan yang saya akan dapat selepas 10 tahun?'
'Kalau tiada tuntutan, boleh dapat bilik premium yang sudah di bayar?'

Soalan seperti ini muncul adalah disebabkan oleh promosi dari ejen takaful itu sendiri. Mereka sering menawarkan simpanan dalam takaful tanpa memberi penerangan yang jelas dan tepat.

Fungsi

Fungsi sebenar takaful adalah untuk perlindungan terhadap pendapatan kita. Maksudnya, jika berlaku sesuatu kecemasan yang melibatkan kesihatan, anda tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan menggunakan pendapatan anda.


Selain melindungi pendapatan, fungsi takaful juga adalah untuk melindungi perasaan takut apabila menghadapi masalah kesihatan. Anda tidak perlu lagi rasa cemas atau bimbang apabila menghadapi masalah kesihatan atau terlibat dengan kemalangan kerana anda sudah dilindungi.

Pelaburan bukan simpanan

Produk yang menawarkan pulangan atau nilai tunai adalah produk yang berasaskan pelaburan atau Investment Linked Product. Ini bermakna, produk tersebut hanya menawarkan pelaburan, bukan simpanan.

Konsep pelaburan, tiada jaminan bahawa pulangan yang diterima adalah tinggi atau rendah. Lebih teruk lagi, anda mungkin mengalami kerugian. Manakala simpanan pula, tiada risiko yang ditetapkan. Oleh itu, premium yang anda bayar terdapat sebahagiannya yang dimasukkan ke dalam pelaburan.

Produk

Jika anda ingin membuat pelaburan, anda boleh pilih jenis pelaburan yang sepenuhnya. Produk takaful bukan produk pelaburan sepenuhnya. Namun, terdapat juga beberapa produk takaful yang menawarkan pulangan yang tinggi serta manfaat pampasan yang baik.

Kebanyakan kita hanya mengambil pelan yang terdapat kad perubatan, pampasan dan pelaburan (3 dalam 1). Produk seperti ini tidak menawarkan pulangan pelaburan yang tinggi kerana fokus utama adalah untuk kad perubatan dan pampasan.



Melabur dan dilindungi

Terdapat satu jenis pelaburan yang menguntungkan dari segi pulangan dan manfaat. Kebanyakan syarikat takaful sudah mengeluarkan produk yang menawarkan manfaat pampasan yang tinggi serta pelaburan yang menguntungkan.

Pelaburan tunai - 
Anda melabur di dalam akaun unit trust untuk mendapatkan keuntungan dari segi tunai. Jika sesuatu berlaku kepada diri anda, pelaburan anda akan terhenti.

Pelaburan nyawa - 
Anda melabur di dalam produk takaful untuk mendapatkan keuntungan tunai yang sederhana dan manfaat pampasan yang tinggi. Jika sesuatu berlaku kepada diri anda, pelaburan anda akan ditambah dengan manfaat hibah atau pampasan.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post