Kerajaan Arab Saudi naikkan semula kuota haji rakyat Malaysia kepada 27,900 jemaah

Image result for haji arab saudi

Menurut Lembaga Tabung Haji Malaysia, kerajaan Arab Saudi telah meningkatkan kuota jemaah haji bagi musim 2017 kepada 27,900 orang. Berita baik ini telah disampaikan oleh Tuan Yang Terutama Dr. Mohammad Saleh Bentan, Menteri Haji Dan Umrah, Arab Saudi.

Pada tahun 2013, kuota jemaah haji bagi rakyat Malaysia telah diturunkan kepada 22,230 orang sahaja. Peningkatan kuota jemaah haji bagi musim 2017 ini bagi memberi peluang orang ramai untuk pergi ke haji dengan lebih cepat.


Jika anda masih belum mendaftar haji, boleh berbuat demikian dengan segera.

Baca : Cara-cara untuk daftar haji

Untuk makluman, kos menunaikan haji pada tahun 2017 telah meningkat kepada RM19,550 seorang berbanding RM18,890 pada tahun sebelumnya. Namun, pihak Lembaga Tabung Haji masih mengekalkan bayaran haji sebanyak RM9,980 seorang.

Sumber : Lembaga Tabung Haji

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post