Nak simpan 10% setiap bulan pun susah. Semak semula kewangan anda.



Kenaikan harga rumah, kos sara hidup dan banyak lagi beban yang perlu ditanggung oleh kebanyakan orang untuk meneruskan hidup. Perkara seperti ini menyebabkan orang ramai semakin sukar untuk membuat simpanan setiap bulan.

Namun, perkara tersebut hanyalah faktor luaran yang tidak boleh dikawal oleh individu. Untuk mengatasi masalah ini, perkara yang perlu dilakukan adalah fokus kepada perkara yang kita sendiri boleh kawal.

Tambah pendapatan, kurang perbelanjaan

Perkara asas dalam meningkatkan pengurusan kewangan adalah dengan menambah pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan. Apabila gagal menyimpan 10% setiap bulan dari jumlah pendapatan yang diterima, lakukan pekerjaan sampingan yang boleh membantu meningkatkan pendapatan.

Baca : Bagaimana beli rumah pertama menjadi satu kesilapan 

Jika masih sukar untuk simpan 10% setiap bulan, kurangkan perbelanjaan yang tidak penting serta mahal. Simpanan 10% kelihatan kecil tetapi tidak semua orang mampu melakukannya.

Gaya hidup sederhana

Salah satu punca simpanan sukar dilakukan adalah kerana gaya hidup yang melibatkan perbelanjaan yang tinggi. Semak semula aktiviti yang anda lakukan pada hujung minggu dan buat pengiraan kos yang terlibat sama ada kos kecil atau besar.

Jika anda menonton wayang dengan harga tiket RM11.00, anda perlu tambah kos sampingan lain seperti petrol, tol, makan, minum dan lain-lain lagi. Dengan hanya melakukan satu aktiviti kecil iaitu menonton wayang, anda mungkin terpaksa mengeluarkan kos perbelanjaan sebanyak RM50.00.

Hutang penting

Bagi golongan yang baru bekerja, mereka menjadi sasaran utama untuk melakukan hutang seperti kereta, kad kredit, pinjaman peribadi, ASB dan rumah. Setiap jenis hutang tersebut mempunyai kebaikan dan keburukan yang tersendiri.

Oleh itu, pastikan anda fokus kepada hutang yang penting dahulu sebelum membuat keputusan. Pada masa yang sama, mohon hutang dengan kadar mengikut kemampuan anda sahaja serta tidak berlebihan.

Simpanan paksa

Tidak semua orang mampu untuk melakukan simpanan secara tetap setiap bulan. Oleh itu, anda juga boleh membuat simpanan paksa melalui potongan Tabung Haji melalui gaji atau pembiayaan ASB setiap bulan.

Cara ini lebih efektif bagi golongan yang tidak mempunyai discipline menyimpan yang tinggi. Anda tidak perlu risau lagi tentang simpanan apabila menerima gaji setiap bulan kerana jumlah yang diterima adalah jumlah bersih selepas melakukan simpanan.

Baca : 6 matlamat kewangan yang perlu anda capai sebelum umur 30

Takaful simpanan

Mengambil sijil takaful dengan kadar berlebihan juga menyebabkan anda semakin sukar untuk membuat simpanan. Apabila jumlah caruman melebihi 10% dari pendapatan, simpanan menjadi lebih sukar.

Walaupun fungsi utama takaful adalah untuk perlindungan, anda masih boleh mendapat manfaat melalui simpanan yang terkumpul. Namun,ini tidak bermakna anda tidak perlu membuat simpanan apabila sudah mempunyai pelan takaful.

Baca : Ambil pelan takaful dengan kadar mengikut bajet anda 

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post