Jangan cuba beli rumah jika anda nampak tanda-tanda ini

Image result for buy or not
Bagi individu yang masih baru dalam proses pemilihan hartanah sama ada untuk duduk sendiri atau pelaburan, terdapat beberapa perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu. Perkara penting ini akan menentukan sama ada pembelian tersebut berbaloi atau tidak.

Pemaju sudah bankrap

Pastikan anda semak dahulu status pemaju untuk rumah tersebut sama ada masih lagi aktif atau sudah bankrap. Apabila pemaju sudah bankrap, pembiayaan atau pinjaman perumahan anda menjadi lebih sukar kerana tidak semua bank akan menawarkan pembiayaan perumahan.

Jika anda beli rumah melalui projek baru atau underconstruction, semak dahulu kekuatan kewangan pemaju tersebut terutama ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Baca : Pelaburan Hartanah : Subsale atau underconstruction

Harga jualan melebihi nilai sebenar

Perkara pertama sebelum anda setuju dengan harga rumah yang ingin dibeli adalah dengan menyemak dahulu nilai sebenar rumah tersebut. Jika rumah yang dibeli melebihi dari nilai sebenar rumah tersebut, anda terpaksa mengeluarkan duit sendiri.

Contoh :

Harga rumah ingin dibeli : RM200,000
Nilai sebenar rumah : RM150,000

Berdasarkan situasi diatas, pihak bank hanya akan beri pembiayaan atau pinjaman sebanyak 90% dari nilai sebenar rumah, iaitu RM150,000.

Jumlah pembiayaan = RM135,000 (RM150,000 x 90%)
Jumlah wang perlu tambah = RM65,000 (RM200,000 – RM135,000)

Anda boleh semak nilai rumah tersebut dengan pihak bank atau penilai berdaftar.

Kawasan kejiranan yang tidak selesa

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan anda atau bakal penyewa rasa tidak selesa dengan rumah yang ingin diduduki.

Warga asing

Jika terlalu ramai warga asing di kawasan tersebut, anda sendiri akan rasa tidak selesa dengan kejiranan terutama berkenaan dengan tahap keselamatan anda. Selain itu, jika kawasan tersebut di penuhi dengan penduduk berkeluarga, keadaan lebih harmoni.

Kemudahan asas

Kebanyakan kawasan perumahan di Lembah Klang sudah mempunyai kemudahan asas yang mencukupi dan berada pada jarak yang tidak jauh. Namun, jika kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai, mungkin tidak sesuai bagi yang berkeluarga.

Terlalu banyak rumah kosong

Selain itu, jika anda lihat kawasan tersebut masih banyak lagi yang tidak berpenghuni, anda mungkin boleh mencari rumah lain yang lebih baik. Salah satu faktor kawasan tersebut masih tidak berpenghuni adalah kerana permintaan yang kurang baik.

Masalah yang sering berlaku seperti masalah air, kes kecurian atau jenayah juga menjadi punca orang ramai tidak mahu tinggal di kawasan tersebut.

Bagi tujuan pelaburan dan disewakan semula, bakal penyewa anda mungkin rasa tidak selesa apabila rumah berhampiran mereka tidak berpenghuni terutama apabila rumah tersebut sudah ‘rosak’.

Baca : Ambil insuran rumah anda atau MLTT dengan pelan lebih jimat

Banyak fakta tersembunyi

Terdapat beberapa kes dimana tuan rumah tidak mahu menunjukkan keseluruhan rumah dan hanya menunjuk kawasan ruang tamu sahaja. Manakala bilik pula dikunci dan diberi alasan terdapat penyewa tinggal di dalam serta tidak membenarkan pembeli untuk melihat.

Sebagai pembeli, anda mempunyai hak untuk melihat keseluruhan rumah bagi mengelakkan masalah terdapat kerosakan yang disembunyikan. Selain itu, jika tuan rumah enggan bekerjasama dari segi perkongsian dokumen seperti salinan SNP dan geran, anda perlu lebih berhati-hati.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post