Tak nak bayar cukai?Ini cara kurangkan cukai pendapatan anda

Image result for tax avoidance

Menjadi satu kesalahan besar jika anda lari dari bayar cukai. Individu yang bijak tidak lari dari bayar cukai tetapi merancang untuk kurangkan cukai. Semakin tinggi pendapatan atau gaji anda, semakin tinggi jumlah cukai pendapatan yang anda perlu bayar.

Oleh sebab itu, anda perlu fahami beberapa pelepasn yang diberikan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan baik supaya mendapat manfaat. Berikut adalah beberapa perbelanjaan yang anda boleh rancang untuk kurangkan cukai anda untuk tahun 2016.

Komputer/laptop - RM3,000
Perbelanjaan untuk komputer atau laptop hanya boleh mendapat pelepasan maksimum sebanyak RM3,000 sahaja. Selain itu, anda juga hanya boleh tuntut perbelanjaan ini sekali dalam masa 3 tahun.

Zakat/Derma
Zakat dan derma tidak termasuk dalam pelepasan yang dibenarkan tetapi rebat. Ini bermakna, anda boleh kurangkan cukai anda berdasarkan zakat dan derma yang anda berikan 100%. Jika anda mahu tuntut rebat tersebut, resit zakat tersebut hendaklah atas nama pembayar cukai.

Manakala untuk derma pula, mestilah ke atas tabung atau badan yang telah berdaftar dengan LHDN dan anda akan mendapat resit yang tertulis 'Tax Exempted' dan nombor rujukan LHDN.

Buku/majalah - RM1,000
Jumlah maksimum yang anda boleh tuntut adalah sebanyak RM1,000 setahun.Oleh itu, gunakan sebaiknya pelepasan yang diberikan ini kerana tujuannya adalah untuk memupuk sikap suka membaca.

Baca : Pelepasan 'gaya hidup' dalam bajet 2017

Kad perubatan/insuran nyawa - RM3,000/RM6,000
Jumlah pelepasan untuk kad perubatan yang anda boleh tuntut adalah sebanyak RM3,000 untuk setiap tahun. Manakala untuk insuran nyawa pula adalah sebanyak RM6,000 termasuk dengan potongan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) anda.

SSPN/PRS - RM6,000/RM3,000
Jika anda ada menyimpan di dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN), anda boleh tuntut pelepasa sehingga RM6,000 setahun. Manakala untuk Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS), anda boleh tuntut sehingga RM3,000 setiap tahun.

Selain pelepasan yang diterangkan di atas, perbelanjaan lain yang anda boleh tuntut adalah seperti yuran pendidikan sendiri, perbelanjaan perubatan untuk ibu bapa, pembelian peralatan sukan, anak-anak, pembelian peralatan sokongan untuk diri sendiri dan ibu bapa, individu kurang upaya dan perbelanjaan penyakit yang sukar untuk diubati.

Baca : 4 kesilapan 'ringan' dalam kewangan 

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post