Ramai yang mengaku jutawan tetapi masih belum jadi jutawan 'sebenar'.

Image result for rich debt

Jutawan biasanya adalah golongan yang mempunyai nilai bersih kekayaan atau net worth melebihi dari RM1 juta. Maksud nilai bersih adalah apabila semua aset yag kita miliki akan ditolak dengan hutang dan akan dapat satu nilai bersih sama ada positif atau negatif.

Jika aset melebihi dari hutang, anda memiliki nilai bersih yang positif. Ini menunjukkan tahap kewangan anda dalam keadaan yang baik.

Tetapi, jika hutang pula yang melebihi dari jumlah aset, anda memiliki nilai bersih yang negatif. Anda mungkin akan menghadapi masalah kewangan yang lebih besar jika tidak mengambil tindakan untuk membaiki kewangan anda.

Aset lebih tinggi dari hutang. Jutawan?

Terdapat beberapa keadaan di mana aset anda melebihi dari hutang, tetapi masih menunjukkan kewangan anda tidak berada pada tahap yang baik. Perkara seperti ini berlaku apabila nilai aset juga dicampurkan dengan aset yang sukar untuk dicairkan seperti rumah.

Contohnya, nilai aset rumah anda bernilai jutaan ringgit dan nilai bersih anda juga akan menunjukkan nilai yang positif. Namun, disebabkan nilai tersebut dalam bentuk aset yang belum dicairkan, anda masih mempunyai potensi untuk menghadapi masalah kewangan.

Jika berlaku kecemasan yang memerlukan bantuan kewangan yang banyak, anda sukar untuk mendapatkan wang tersebut dari penjualan rumah atau aset anda. Ini kerana proses penjualan rumah mengambil masa yang lama sehingga bertahun.

Jutawan 'sebenar'.

Jutawan 'sebenar' lebih sesuai digelar apabila anda sudah mempunyai lebihan tunai RM1juta yang tidak terikat dengan mana-mana komitmen sama ada pinjaman atau pelaburan. Jika anda mempunyai wang RM1juta tetapi digunakan untuk pelaburan, wang tersebut juga sukar untuk dibawa keluar serta akan mengganggu matlamat pelaburan anda.

Seorang jutawan biasanya akan membuat pelbagai pelaburan dengan portfolio yang seimbang untuk matlamat yang berbeza.

Baca : 4 tanda anda ditakdirkan menjadi seorang jutawan.

Jualan bukan keuntungan

Kita sering mendengar apabila usahawan sudah membuat jualan sehingga mencecah jutaan ringgit. Namun, perlu diingat bahawa jumlah tersebut adalah jualan yang diterima dan perlu ditolak dengan kos yang terlibat.

Walaupun mendapat keuntungan bersih hasil dari jualan sehingga jutaan ringgit. Wang yang masih dalam perniagaan juga sebenarnya sukar untuk dijadikan sebagai satu jumlah yang membolehkan anda digelar jutawan.

Wang tersebut masih lagi diperlukan untuk memastikan perniagaan anda kekal beroperasi seperti biasa dan juga dijadikan sebagai dana syarikat terutama ketika ekonomi tidak stabil.

Baca : 4 kelebihan melabur dalam hartanah yang orang kita tidak tahu

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post