Kenapa pelan persaraan perlu bermula ketika anda masih muda


Image result for retirement plan
Pelan persaraan adalah satu rancangan kewangan ketika usia kita sudah meningkat dan tidak bekerja lagi. Bagi kebanyakan rakyat Malaysia yang bekerja, mereka tidak ambil kisah pelan persaraan kerana mereka sudah memiliki simpanan dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Namun, statistik yang dikeluarkan oleh pihak KWSP sendiri menunjukkan bahawa simpanan tersebut tidak cukup untuk menampung kos sara hidup mereka selepas persaraan. Oleh sebab itu, walaupun anda sudah mempunyai simpanan KWSP, anda masih perlu merancang pelan persaraan anda sendiri.

Berikut adalah beberapa sebab utama kenapa anda perlu mulakan pelan persaraan anda ketika masih muda.

Modal rendah

Berapa jumlah yang anda perlu ada bagi tujuan persaraan anda? Jumlah tersebut bergantung  kepada gaya hidup yang anda mahukan. RM1 juta adalah jumlah asas minimum yang anda perlu ada jika mahu hidup selesa dan sederhana. Ini kerana RM1 juta pada hari ini kelihatan besar nilainya tetapi tidak pada masa akan datang.

Jika anda mahukan RM100,000 ketika usia 55 tahun, anda perlu menyimpan RM300 sebulan ketika berumur 25 tahun. Namun, jika anda berusia 40 tahun, anda perlu menyimpan RM600 sebulan untuk mendapat nilai simpanan yang sama dan pada waktu yang sama.

Gandakan keuntungan

Jika anda melabur dalam pelaburan unit trust, semakin lama anda melabur, semakin tinggi keuntungan yang anda akan terima. Anda bukan sahaja mendapat keuntungan dari modal yang anda keluarkan tetapi juga mendapat keuntungan dari keuntungan sedia ada.

Baca : Beza insuran konvensional dan takaful

Jika pengiraan sebelum ini simpanan anda adalah RM100,000 selepas menyimpan RM300 sebulan selama 30 tahun, dalam pelaburan unit trust simpanan anda boleh mencecah RM1,000,000 dengan jumlah simpanan yang sama setiap bulan.

Semakin lambat anda mula merancang pelan persaraan anda, semakin rendah keuntungan yang anda bakal perolehi.

Kurang komitment

Salah satu punca simpanan rakyat Malaysia sangat rendah adalah kerana komitmen atau hutang yang terlalu tinggi. Ketika masih muda, anda sepatutnya tidak mempunyai komitmen yang terlalu banyak dan ini adalah peluang anda untuk mula menyimpan atau melabur.

Ramai golongan yang sudah tua rasa menyesal kerana tidak merancang pelan persaraan ketika masih muda lagi. Akibatnya, mereka terpaksa merancang pelan persaraan mereka dengan bebanan atau modal yang tinggi.

Baca : 8 sebab rakyat Malaysia sukar buat simpanan walaupun tahu kepentingannya

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post