Ambil pampasan secukupnya supaya anda tidak menyusahkan waris

Image result for happy family with insurance

Rakyat Malaysia masih ketinggalan dari segi jumlah pampasan yang diambil untuk keluarga atau waris mereka. Sama ada tiada pampasan langsung atau jumlah tersebut terlalu rendah. Negara maju seperti Jepun sangat mementingkan insuran terutamanya pampasan untuk waris mereka.

Purata rakyat Jepun yang mengambil insuran adalah setiap seorang melebihi dari satu polisi insuran. Mereka lebih mementingkan kebahagian hidup generasi mereka dan mereka percaya insuran dapat membantu generasi mereka pada masa akan datang tidak menghadapi masalah kewangan.

Selain itu, pampasan tersebut juga menggunakan sistem hibah tanpa perlu faraid. Wang pampasan tersebut akan terus ke nama yang anda daftarkan tanpa perlu dibahagi dengan orang lain.

Kenapa pampasan perlu diambil dengan secukupnya?
Berdasarkan kajian yang dilakukan, purata rakyat Malaysia hanya mempunyai perlindungan atau pampasan sebanyak RM50,000 sahaja. Jumlah tersebut adalah terlalu sedikit untuk waris atau ahli keluarga mereka meneruskan hidup.

Berikut adalah beberapa sebab kenapa anda perlu mengambil pampasan secukupnya dan lebih tinggi.

Menyelesaikan baki hutang

Jika anda mempunyai hutang dengan bank seperti rumah dan kereta, anda mempunyai insuran sendiri yang akan menyelesaikan hutang tersebut. Tetapi, hutang peribadi dengan kawan-kawan, saudara mara dan ahli keluarga pula, anda masih perlu selesaikan.

Baca : 5 punca yang menyebabkan polisi takaful anda menjadi mahal

Salah satu fungsi pampasan yang diterima jika anda meninggal dunia adalah digunakan untuk menjelaskan hutang anda. Ini bagi mengelakkan waris atau ahli keluarga anda terbeban untuk menjelaskan hutang tersebut.

Meneruskan hidup

Jika sebelum ini suami dan isteri yang bekerja mungkin tidak menghadapi masalah untuk membesarkan tiga orang anak. Tetapi, jika hanya tinggal isteri seorang sahaja yang bekerja dan masih perlu membesarkan anak, itu sangat membebankan.

Oleh itu, fungsi pampasan atau perlindungan tersebut adalah bagi membantu waris dan ahli keluarga meneruskan hidup mereka. Pampasan yang di terima akan digunakan sebagai perbelanjaan kos sara hidup. Semakin ramai ahli keluarga yang anda tinggalkan, semakin tinggi jumlah pampasan yang anda perlu sediakan.

Keadaan menjadi lebih membebankan apabila anda tidak mempunyai rumah sendiri untuk mereka tinggal. Jika gagal membayar sewa, mereka mungkin mempunyai masalah tempat tinggal.

Berapa jumlah pampasan yang perlu anda ambil

Jumlah pampasan atau hibah yang perlu anda sediakan mestilah cukup dan tidak terlalu rendah supaya waris anda dapat gunakan wang tersebut sebaiknya. Terdapat beberapa faktor yang perlu anda lihat sebelum mengetahui jumlah pampasan yang sesuai dengan diri anda.

1. Jumlah tanggungan
Semakin ramai ahli keluarga yang masih menangung harapan dengan anda, semakin tinggi jumlah pampasan yang anda perlu sediakan. Jika anak masih kecil, anda memerlukan jumlah yang lebih besar berbanding anak yang sudah dewasa. Anak kecil memerlukan perbelanjaan yang besar untuk tempoh masa yang lebih lama.

Baca : Takaful : Simpanan, pelaburan atau perlindungan?

2. Hutang
Jika anda mempunyai hutang yang banyak dengan ahli keluarga, saudara mara atau kawan-kawan, pastikan jumlah pampasan yang anda ambil melebihi dari jumlah tersebut. Ini bagi mengelakkan si pemberi hutang menuntut hutang dengan waris anda.

3. Gaya hidup
Jika keluarga anda terbiasa dengan gaya hidup yang mewah, anda perlu menyediakan nilai pampasan yang tinggi untuk mereka mengekalkan gaya hidup tersebut.

4. Pasangan tidak bekerja
Jika pasangan anda tidak bekerja, anda memerlukan pampasan yang lebih tinggi sekurang-kurangnya 5 tahun supaya pasangan anda tersebut mempunyai masa untuk memulakan hidup baru dengan pekerjaan yang baru. Jika nilai pampasan terlalu rendah, tekanan akan diberikan terhadap pasangan anda untuk menyara anak-anak yang masih kecil.

Dapatkan sebutharga takaful anda secara percuma 

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post