Pelaburan 'lain' yang perlu anda buat selain dari pelaburan kewangan.

Image result

Apabila bercakap tentang pelaburan, perkara yang bermain di fikiran kita adalah seperti modal pelaburan dan juga keuntungan pelaburan tersebut. Semuanya melibatkan kewangan. Namun, terdapat juga beberapa perkara yang boleh dianggap sebagai pelaburan tetapi tidak melibatkan kewangan atau keuntungan - anda perlu buat.

Kesihatan

Ini adalah pelaburan paling besar yang anda perlu buat. Tanpa kesihatan yang baik, sukar untuk anda buat pelaburan yang lain. Kebanyakan orang kaya memang menjaga kesihatan kerana mereka tahu kesihatan yang baik ini akan membantu mereka menjadi lebih kaya.

Bagaimana mahu melabur untuk kesihatan? Terdapat 3 perkara yang anda perlu tekankan disini iaitu pemakanan, senaman dan perlindungan. Pemakanan yang perlu anda ambil mestilah dari sumber yang berkhasiat. Ini bagi mengelakkan anda menghidap penyakit serius pada masa akan datang.

Walaupun anda sibuk dalam urusan pekerjaan atau perniagaan, anda masih perlu mengambil makanan mengikut jadual yang disarankan. Di Malaysia, makanan seperti nasi lemak, mee goreng atau roti canai memang menjadi kegemaran orang ramai. Namun, jika diambil dengan kuantiti yang banyak serta berulang kali, akan memudaratkan anda.

Jangan lupa juga untuk sentiasa bersenam bagi mendapatkan tubuh badan yang sihat. Jika anda tidak mempunyai masa untuk bersenam pada waktu pagi dan petang, anda mungkin boleh pergi ke gym pada waktu malam untuk bersenam. Cara lain paling mudah adalah dengan melibatkan diri dengan permainan seperti badminton atau futsal.

Ilmu

Jangan sesekali anggap anda sudah mempunyai semua ilmu. Walaupun sudah kaya dan berjaya, teruskan melabur dalam ilmu. Pelaburan ilmu sama juga seperti anda pergi ke universiti untuk mendapatkan ilmu di dalam kelas.

Cara paling mudah untuk melabur dalam ilmu adalah dengan membeli buku yang bermanfaat. Buku-buku seperti pengurusan kewangan, pelaburan hartanah, perniagaan dan juga pelaburan saham boleh dijadikan sebagai pelaburan awal sebelum anda melakukan pelaburan yang sebenar.
Tidak semua orang sanggup melabur RM50 semata-mata untuk beli buku.
Kebanyakan orang yang berjaya mempunyai hobi yang sama iaitu suka membaca buku. Selain beli buku, anda boleh datang ke seminar yang dianjurkan. Apabila datang ke seminar, anda bukan sahaja menambah ilmu, malah kenalan baru.

Dengan ilmu, anda boleh mula merancang kewangan anda dengan baik. Anda juga boleh bezakan perbelanjaan yang menjadi keperluan dan juga kehendak. '6 perkara yang anda boleh buat jika tidak beli Iphone 7'.

Keluarga

Pelaburan yang paling tidak ternilai harganya adalah keluarga. Semua orang mahu kebahagiaan dalam keluarga. Oleh itu, rancanglah sebaiknya hidup anda supaya tidak terlepas pandang pelaburan paling bernilai ini.

Jika sibuk bekerja di pejabat, ambil cuti untuk habiskan masa sebaiknya dengan keluarga. Mereka adalah tulang belakang yang sentiasa memberi sokongan dalam hidup kita. Kebanyakan mereka yang mahu bekerja sendiri adalah kerana mahu menghabiskan banyak masa mereka bersama keluarga.

Mungkin anda boleh merancang untuk bersara lebih awal supaya anda dapat menghabiskan masa yang berkualiti bersama keluarga anda. Untuk bersara awal atau ketika usia muda, anda perlu bekerja keras pada peringkat awal termasuk menambah pendapatan serta meningkatkan lagi pelaburan anda.

Anda boleh cuba bersara awal dengan melabur dalam hartanah. Baca "4 kelebihan apabila melabur dalam hartanah'.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post