Bagaimana cara berbelanja dengan menggunakan duit 'orang lain'.

Image result for entrepreneur money

Salah satu faktor kenapa orang yang kaya menjadi semakin kaya adalah mereka tidak menggunakan duit mereka sendiri untuk kegunaan perbelanjaan harian mereka. Jadi, duit siapa yang mereka guna?Duit orang lain.

Orang yang bijak kewangan, mereka akan 'guna' duit orang yang tidak bijak kewangan untuk berbelanja. Mereka yang selalu boros berbelanja dan tidak mempunyai simpanan adalah golongan yang sentiasa memberi 'sumbangan' kepada mereka yang suka buat pelaburan dan simpanan.

Namun, jika anda masih belum kaya, anda juga boleh melakukan perkara yang sama iaitu berbelanja menggunakan duit 'orang lain'.

Senaraikan komitmen

Langkah pertama yang anda perlu ambil adalah dengan menyenaraikan jenis dan jumlah perbelanjaan yang anda ingin orang lain bayar. Langkah ini bagi memudahkan anda membuat anggaran berapa jumlah perbelanjaan yang anda perlukan dalam masa sebulan.

Contoh :

Kereta - RM500
Rumah - RM1,000

Jadi, anda perlukan sejumlah wang yang bernilai RM1,500 sebulan supaya ada orang lain yang akan bayar kereta dan rumah anda.

Baca : Pendapatan kedua kini bukan lagi satu pilihan

Pendapatan tambahan

Langkah kedua adalah dengan mencari beberapa jenis pekerjaan tambahan yang boleh beri anda tambahan pendapatan berjumlah RM1,500.

Sublet

Sublet adalah satu kaedah dimana anda menyewa sebuah rumah dari tuan rumah dan kemudian sewakan semula rumah tersebut mengikut bilik. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menyediakan kemudahan yang lengkap kepada penyewa supaya sewa yang diterima adalah lebih tinggi.

Contoh :

Sewa dari tuan rumah : RM500

Sewakan semula mengikut bilik:
RM200 (bilik kecil)
RM400 (bilik sederhana)
RM500 (bilik besar)
Jumlah sewa terima : RM1,100

Keuntungan kasar : RM500 (1,100 - RM500)

Dengan cara ini, anda hanya perlu cari tiga (3) buah rumah untuk sublet untuk mendapatkan jumlah RM1,500 sebulan.

Uber Part Time

Jika anda mempunyai kereta yang layak untuk melakukan Uber secara sambilan, anda boleh lakukan selepas waktu bekerja dan juga pada hujung minggu. Pendapatan dari Uber ini akan dibayar secara mingguan. Oleh itu, untuk mendapatkan RM1,500 sebulan, anda perlu RM375 seminggu melalui Uber ini.

Baca : 14 sikap orang kaya yang wajib anda contohi

Untuk mendapatkan RM375 dalam masa seminggu melalui Uber bukanlah sesuatu yang sukar. Anda boleh buat pada hari Sabtu dan Ahad untuk dapatkan jumlah tersebut.

Perancang kewangan sambilan

Anda juga boleh memohon untuk menjadi perancang kewangan sama ada menjual produk takaful atau unit trust. Walaupun secara sambilan, anda boleh mendapat keuntungan yang banyak.

Jika anda buat secara konsisten, pendapatan yang diterima juga boleh melebihi dari jumlah yang anda perlukan iaitu RM1,500 sebulan. Ini tidak termasuk lagi jika ada bonus jualan yang diberi oleh syarikat tersebut.

Anda berminat untuk jadi Perancang Kewangan dengan komisyen tetap RM2,000, RM3,000 atau RM5,000? Anda boleh lihat sini [Jawatan Kosong]

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post