5 sebab kenapa berkawan dengan orang positif membantu anda menjadi kaya

Image result for network positive

Dengan siapa anda berkawan pada hari ini, akan menentukan hidup anda pada masa akan datang. Kebanyakan orang yang berjaya akan berkawan dengan orang yang ingin berjaya dan positif. Mereka mempunyai matlamat yang sama iaitu ingin berjaya dan tidak suka beri alasan.

Walaupun hanya berkawan di Facebook, mereka tetap akan memberi kesan terhadap hidup anda. Apa yang mereka komen, kongsi dan suka akan mencerminkan diri anda sendiri. Jika rakan anda adalah seorang yang positif, anda sebenarnya juga seorang yang positif.

Berikut adalah sebab kenapa anda perlu berkawan dengan orang yang positif jika mahu berjaya dan kaya.

Motivasi

Setiap orang mempunyai masalah tersendiri yang perlu dihadapi. Namun, sekuat mana untuk anda hadapi masalah tersebut mestilah datang dengan motivasi yang kuat untuk terus berjaya. Salah satu sikap kawan yang positif ini adalah mereka sering memberi anda motivasi setiap kali anda berada dalam keadaan yang tertekan atau sedang menghadapi masalah.

Mereka beri anda motivasi tanpa anda minta.

Orang yang positif ini juga akan memberi anda motivasi yang kuat kenapa anda perlu menjadi kaya berbanding kebanyakan orang memandang negatif terhadap usaha anda untuk menjadi kaya. Selain itu, jika anda perasan, mereka juga lebih gemar menggunakan perkataan akan meningkatkan motivasi anda dan orang lain.

Sokongan

Jatuh dan bangun dalam hidup adalah perkara yang normal. Jika anda jatuh atau mengalami masalah yang besar dalam hidup, orang yang positif ini akan sentiasa memberi anda sokongan. Dan jika anda sudah berjaya, mereka juga akan ingatkan anda supaya kekal menjadi positif.

Baca : 5 sikap buruk rakyat Malaysia ketika berbelanja

Sokongan moral dan mental sangat penting untuk orang yang ingin berjaya dan kaya. Orang yang positif akan beri anda sokongan untuk melabur dalam pelaburan yang sah. Tetapi orang yang negatif pula lebih gemar dengan skim cepat kaya.

Masalah dan penyelesaian

Apabila anda duduk semeja dengan orang positif, kumpulan anda hanya akan berbincang berkenaan masalah dan cara penyelesaiannya. Perbincangan seperti ini akan mendekatkan anda kepada kejayaan yang anda ingin capai.

Sebab itu, orang yang kaya gemar untuk berjumpa dan berbincang dengan orang yang kaya. Bukan kerana mereka memilih dan sombong, tetapi mereka ingin bercakap tentang perkara yang berfaedah sahaja. Mereka mahu berbincang berkenaan perkara yang positif dan juga yang bermanfaat kepada mereka.

Salah satu sikap usahawan yang berjaya adalah mencari masalah yang dihadapi oleh orang ramai dan cuba mencari jalan penyelesaian untuk membantu orang ramai. Oleh sebab itu, semakin ramai kawan positif yang anda ada, semakin tinggi peluang anda untuk menjadi usahawan yang berjaya.

Fikir pada masa hadapan

Orang yang berjaya sering bercakap berkenaan masa hadapan. Tetapi orang yang gagal sering bercakap tentang perkara yang sudah lepas. Cuba lihat rakan anda, adakah mereka orang yang suka merancang masa hadapan atau mencari kesilapan perkara yang sudah lepas.

Baca : Modus operandi skim cepat kaya yang perlu anda tahu

Ini adalah dua perbezaan yang ketara jika anda mempunyai rakan yang positif dan juga rakan yang negatif. Dalam konsep pengurusan kewangan, perancangan untuk menjadi kaya bukanlah sesuatu yang mudah tetapi jika anda berjaya untuk merancang dengan baik, bukanlah sesuatu yang mustahil.

Peluang

Nak tahu kenapa orang kaya semakin mudah untuk menjadi kaya?sebab mereka mempunyai hubungan yang baik dengan orang yang sudah berjaya. Mereka sering diberi peluang atas dasar kepercayaan hubungan atau kawan.

Namun, anda perlu pandang perkara tersebut dari sudut yang positif.

Sebab itu anda perlu mula berkawan dengan orang yang berjaya dan positif. Bukan kerana mahu mendapat peluang perniagaan tetapi peluang untuk belajar sesuatu dari mereka.

[JAWATAN KOSONG] Financial Planner di Klang Valley - Komisyen sehingga RM5,000 setiap bulan

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post