5 perkara yang anda boleh lakukan untuk berjimat ketika di tempat kerja

Image result for saving money at workplace

Pembaziran paling mudah dilakukan apabila kita mempunyai kemudahan untuk melakukan pembelian seperti menggunakan internet di tempat kerja. Walaupun pembelian dengan jumlah yang kecil, namun jumlah terkumpul akan menjadi besar apabila tiba hujung bulan.

Kerja di pejabat selama 8 jam  merupakan waktu yang paling banyak anda luangkan dalam masa sehari. Oleh itu, banyak perkara yang anda akan belanjakan dalam waktu tersebut. Contohnya, ketika bersarapan, makan tengahari dan minum petang.

Berikut adalah beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk berjimat di tempat kerja.

Bawa bekal

Perkara paling simple adalah dengan membawa bekal dari rumah. Bekal yang dibawa adalah untuk di makan ketika waktu sarapan dan makan tengahari. Dengan cara ini, anda boleh berjimat dengan banyak iaitu anggaran RM10 sehari.

Dalam sebulan, anda sudah boleh jimat RM200 ( RM10 sehari x 20 hari waktu bekerja). Manakala dalam masa setahun pula, anda sudah membuat penjimatan sebanyak RM2,400 iaitu mungkin bersamaan gaji sebulan anda.

Baca : Tip mudah untuk dapat lebih banyak rezeki

Selain dapat melakukan penjimatan, masakan yang di bawa dari rumah juga lebih bersih dan sihat. Anda juga boleh buat mengikut menu pilihan anda sendiri.

Jangan keluar

Ada individu yang gemar untuk keluar berjalan-jalan di pusat beli belah ketika waktu makan tengahari. Apabila anda pergi ke tempat seperti itu, anda mungkin akan berbelanja lebih banyak dari waktu biasa.

Makanan dan minuman yang dijual di pusat beli belah biasanya lebih mahal berbanding makan di kedai makan atau restoran biasa.

Jangan beli online

Sesetengah syarikat membenarkan pekerjanya melayari website jual beli melalui internet. Ini bagi memudahkan pekerja tersebut membeli barangan yang di ingini tanpa perlu keluar dari pejabat. Kemudahan ini juga menyebabkan ramai yang membeli barang dengan kadar yang berlebihan.

Kemudahan laman web yang menawarkan pelbagai jenis barang dengan harga yang lebih murah membuatkan individu ingin membuat pembelian yang banyak. Oleh itu, elakkan untuk melayari laman web jual beli ketika bekerja kerana perkara tersebut akan 'memaksa' anda untuk melakukan pembelian.

Baca : Bagaimana gaji RM1,000 sebulan mahu survive sekarang?

Simpan duit syiling

Buat satu tabung syiling di tempat kerja. Cara ini paling mudah kerana anda hanya perlu masukka lebih wang syiling ke dalam tabung tersebut. Walaupun jumlahnya terlalu kecil, tetapi cukup untuk membantu kita ketika dalam kesusahan.

Jika anda masukkan duit syiling bernilai RM0.50 setiap hari, anda sudah mempunyai RM10 setiap bulan. Jumlah ini cukup untuk anda dapatkan makanan tengahari anda di restoran. Aktiviti menyimpan syiling di tempat kerja perlu dilakukan secara konsisten setiap bulan.

Jika sudah terbiasa untuk mengumpul syiling, anda akan lebih terarah untuk mendapatkan baki dalam bentuk syiling setiap kali melakukan pembayaran.

Main kutu

Akhir sekali adalah dengan bermain kutu bersama rakan sekerja. Cara ini sebenarnya dapat meningkatkan simpanan anda setiap bulan. Jika keadaan terdesak untuk membayar duit kutu tersebut, anda mungkin terpaksa berjimat ketika berbelanja untuk memastikan bayaran kutu tersebut dapat dibuat dalam masa yang ditetapkan.

Duit yang diterima setiap bulan juga adalah duit anda sendiri, oleh itu gunakan duit tersebut dengan sebaiknya terutama bagi individu yang mendapat giliran paling awal.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post