Ketahui 10 jenis 'Feng Shui' ketika memilih rumah

Image result for feng shui property

Pernah tak anda dengar sesetengah orang memang terlalu memilih ketika ingin beli rumah?Kadang-kadang bukan harga yang jadi isu utama, tetapi faktor-faktor lain atau lebih dikenali sebagai 'Feng Shui' juga mempengaruhi seseorang dalam memilih rumah.

'Feng Shui' biasanya digunakan oleh kaum Cina untuk memilih rumah yang mempunyai petanda yang baik. Oleh kerana pasaran hartanah di Malaysia di kuasai oleh kaum Cina, anda akan mendapat banyak manfaat jika turut serta memilih rumah berdasarkan 'Feng Shui' tersebut.
Image result for feng shui property
Kenapa perlu pilih rumah ikut 'Feng Shui'? Jika anda ingin jual rumah tersebut, permintaan rumah tersebut adalah lebih tinggi. Kami ingin kongsikan beberapa 'Feng Shui' untuk rujukan anda.
  1. Jangan beli rumah yang berhadapan dengan simpang T. Dari segi keselamatan, kereta yang menghala ke arah rumah anda adalah satu risiko kerana jika berlaku kecemasan, rumah anda akan menjadi sasaran utama. Selain itu, ruang tamu juga mungkin akan sentiasa dipenuhi dengan cahaya dari lampu kereta yang datang ke arah rumah anda pada waktu malam. 
  2. Jangan beli rumah di kawasan tanah curam. Pastikan laluan utama rumah anda adalah rata dan tidak curam kerana faktor keselamatan. Masalah yang mungkin akan timbul adalah apabila seseorang terlupa untuk menggunakan brek tangan, kereta tersebut akan bergerak dengan sendirinya. Risiko untuk mengalami kemalangan lebih tinggi.
  3. RELATED: Beli rumah tanpa deposit. Kenapa anda masih perlu sediakan wang?
  4. Jangan beli rumah berhampiran kawasan yang dipenuhi orang ramai. Contohnya adalah seperti pasar malam di mana keadaan akan menjadi bising dan mengganggu rumah anda. Kebersihan juga mungkin akan sedikit terjejas jika kawasan tersebut menjadi tumpuan orang ramai. Selain itu, rumah yang berhampiran dengan hospital dan balai polis juga akan menyebabkan bunyi ambulan atau kereta polis akan mengganggu malam anda.
  5. Jangan beli rumah dihujung jalan. Jika rumah anda adalah terletak di kawasan perumahan, elakkan membeli rumah yang paling hujung atau terletak dihujung jalan. Rumah tersebut biasanya tidak mempunyai jalan keluar lain dan menjadi rumah paling jauh dari jalan utama.
  6. Beli rumah yang berhadapan dengan kolan renang atau taman. Pandangan semulajadi seperti tumbuhan serta elemen air akan menyebabkan anda merasa lebih tenang untuk tinggal di rumah tersebut berbanding jika rumah anda berhadapan dengan jalan raya.
  7. Pintu depan tidak berhadapan dengan pintu belakang. Jika anda lihat kedudukan pintu depan rumah anda, adakah berhadapan terus dengan pintu belakang rumah?Menurut 'Feng Shui', tenaga yang baik akan masuk ke dalam rumah tetapi akan terus keluar melalui pintu belakang. 
  8. Kedudukan tangga di depan pintu utama. Sama seperti sebelum ini, tenaga yang baik akan terus pergi ke tingkat yang lebih tinggi dan menyebabkan ruang tamu tidak dipenuhi dengan tenaga baik tersebut.
  9. Beli rumah yang menghala ke arah utara atau selatan. Ini bagi mengelakkan anda terkena cahaya matahari ketika sedang matahari naik atau turun. Keadaan tersebut juga akan menyebabkan rumah menjadi lebih panas terutama ketika waktu malam.
  10. Tiada halangan dihadapan rumah. Pastikan tiada pokok yang besar, bangunan yang tinggi atau jalan raya yang lebih tinggi dari rumah anda. Secara logiknya, halangan besar yang terdapat dihadapan rumah anda akan menghalang pandangan yang lebih luas dan lalua udara. Selain itu, simbol anak panah yang boleh dilihat dari pintu utama anda juga adalah satu petanda yang tidak baik untuk rumah tersebut. 
  11. Tandas berhampiran pintu utama. Elakkan beli rumah yang mempunyai tandas berhampiran pintu utama rumah. Selain faktor kebersihan, gangguan bau tandas tersebut memberi gambaran awal kepada tetamu yang hadir ke rumah anda.
Semoga perkongsian ini dapat membantu anda membuat pilihan dalam mencari rumah yang terbaik terutama untuk tujuan pelaburan.
RELATED: Beli rumah untuk pelaburan: Keperluan atau kehendak?

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post