'Ikat perut' ketika usia muda untuk elak masalah kewangan


Image result for financial problem


Adakah anda sanggup makan nasi lauk telur setiap hari semata-mata untuk menambah simpanan dan pelaburan anda?Adakah berbaloi anda mengikat perut semata-mata untuk rancangan kewangan anda?

Sesetengah dari kita yang mempunyai matlamat kewangan, mungkin sanggup untuk 'ikat perut' untuk mencapat matlamat kewangan tersebut. Tetapi, bagi mereka yang tidak mempunyai matlamat kewangan, 'ikat perut' mungkin kelihatan agak menakutkan terutama bagi golongan muda.
Untuk mendapatkan sesuatu yang baik, anda perlu mengorbankan sesuatu dalam hidup anda. 
Apa yang perlu anda korbankan?

Simpan dahulu, baru belanja

Ketika anda masih muda dan kurang komitment, pastikan anda simpan dahulu sebahagian wang anda sebelum membelanjakannya. Lagi banyak anda simpan, lagi baik.

Anda sebenarnya boleh simpan 50% dari gaji anda jika mahu betul-betul mencapai matlamat kewangan anda seperti mendapatkan aset atau membuat pelaburan. Mungkin ramai yang tidak faham mengapa perlu simpan sehingga 50% dari gaji dan jumlah tersebut juga kelihatan sangat besar. Ini adalah contoh 'ikat perut' yang anda boleh praktikan.


Fahami perbezaan antara keperluan dan kehendak dalam hidup anda. Sebagai contoh, smartphone pada masa kini adalah satu keperluan untuk kita berhubung tetapi harga smartphone tersebut yang menyebabkannya menjadi kehendak.
Kebanyakan orang kaya lebih suka untuk menyimpan, kemudian melabur dan akhir sekali baru berbelanja.

Hidup tanpa hutang

Elakkan mengambil hutang seperti pinjaman peribadi, kad kredit atau kereta pada peringkat awal pekerjaan. Hutang-hutang tersebut hanya menyebabkan anda lebih sukar untuk membuat simpanan dan pelaburan.

Amalkan hidup sederhana dalam perbelanjaan supaya tidak terikat dengan hutang yang banyak dan tempoh yang lama. Kebanyakan mereka yang mengeluh tidak mampu beli rumah pada hari ini juga adalah disebabkan hutang sedia ada yang sudah tinggi.


Anda sebagai golongan muda perlu bijak merancang untuk memilih hutang yang penting sahaja. Jika terpaksa menggunakan kereta untuk bekerja, beli kereta pada harga yang murah. Jangan sesekali mempunyai perasaan untuk menunjukkan kemegahan dengan kereta yang kita miliki. Kereta tersebut adalah satu liabiliti yang perlu kita tanggung untuk tempoh yang lama sedangkan nilainya semakin berkurang.
Mulakan hutang pertama anda dengan hutang yang boleh memberi anda pendapatan seperti pembiayaan rumah untuk pelaburan atau pembiayaan Amanah Saham Berhad (ASB).
Tambah punca pendapatan

Salah satu cara untuk anda mencapai matlamat kewangan anda dengan cepat adalah menambah punca pendapatan anda. Dengan kos sara hidup yang tinggi, menambah punca pendapatan bukanlah satu kehendak lagi tetapi menjadi keperluan hidup.


Mungkin kelihatan seperti memenatkan dan tiada masa yang cukup. Tetapi, ini adalah satu pengorbanan yang perlu anda lakukan. Anda perlu mengambil peluang kelebihan berniaga menggunakan platform internet yang lebih mudah dan kos yang rendah.
Selain perniagaan internet, anda juga boleh wujudkan pendapatan pasif dari dividen atau sewa rumah.
Jika anda boleh melayari internet setiap hari, ini bermakna anda mempunyai masa yang cukup untuk membuat duit di internet. Anda perlu korbankan masa muda anda dengan menambah punca pendapatan supaya anda terutama ketika ekonomi yang tidak menentu.

Tambah ilmu, ambil tindakan

Jangan takut untuk habiskan duit anda untuk menambah ilmu seperti beli buku atau hadir ke seminar. Mungkin generasi anda lebih suka menonton wayang atau melayari internet di rumah, tetapi anda perlu korbankan masa tersebut untuk menambah ilmu kewangan.
Menambah ilmu juga adalah satu bentuk pelaburan untuk meningkatkan taraf hidup kita.
Anda sebenarnya sangat beruntung apabila kita boleh lihat banyak perkongsian secara percuma yang boleh anda baca di laman sosial seperti Facebook. Pastikan anda mendapat manfaat dari perkongsian tersebut dan mulakan langkah pertama anda.

Jika anda mahu menambah ilmu kewangan dengan cepat dan banyak, pilih rakan sosial anda dengan baik.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post