Bagaimana membuat pengeluaran akaun 2 KWSP secara online



Pengeluaran Akaun 2 KWSP kini lebih mudah melalui online sahaja. Namun, hanya sebahagian sahaja proses permohonan melalui online manakala untuk pengesahan, anda masih perlu hadir ke kaunter KWSP untuk urusan cap jari.

Pengeluaran secara online ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan masa anda tanpa perlu mengisi borang di kaunter KWSP.

Anda boleh melakukan pengeluaran Akaun 2 KWSP secara online melalui laman web KWSP dengan mendaftar i-akaun. Pengeluaran melalui online atau e-pengeluaran yang terlibat adalah pengeluaran membeli rumah, mengurangkan atau menyelesaikan baki pinjaman perumahan, ansuran bulanan pinjaman perumahan dan pendidikan.

Langkah pertama : Dapatkan kod pengaktifan.

Pergi ke mana-mana kios atau kaunter KWSP yang berhampiran tempat anda dan dapatkan kod pengaktifan i-akaun. Anda juga boleh mendapatkan kod pengaktifan tersebut dengan menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

RELATED: 4 perkara anda perlu tahu tentang Simpanan Shariah KWSP

Langkah kedua : Aktifkan i-akaun

Layari laman web KWSP dan klik pada Pengaktifan i-Akaun dalam tempoh 30 hari selepas anda menerima kod pengaktifan tersebut.

Langkah ketiga : Aktifkan TAC

Anda boleh aktifkan TAC dengan mendaftar nombor telefon bimbit anda di kios atau kaunter terdekat. Anda juga boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000

Tujuan TAC ini adalah supaya anda boleh melakukan transaksi melalui i-akaun dengan selamat.

RELATED: Beberapa jenis pengeluaran KWSP yang boleh meringankan beban anda

Langkah keempat : Permohonan

Klik pada Permohonan Baru dan isi maklumat yang diperlukan. Selepas itu anda akan menerima SMS pengesahan dan anda boleh terus pergi ke cawangan KWSP yang berhampiran untuk pengesahan cap ibu jari.


Selepas permohonan anda diluluskan, bayaran pengeluaran tersebut akan dikreditkan terus ke akaun simpanan anda.

Bagi pengeluaran mengurangkan baki pinjaman perumahan, hanya beberapa bank yang terpilih sahaja dibenarkan iaitu:

  • Ambank
  • Bank Islam
  • BSN
  • CIMB Bank
  • Maybank
  • OCBC Bank
  • RHB Bank
  • UOB Bank

Untuk maklumat lebih lanjut, anda boleh rujuk sini [KWSP]

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post