Apa yang akan berlaku jika ansuran kereta anda melebihi 50% dari pendapatan

Image result for car debt

Apa perasaan anda apabila pinjaman kereta anda diluluskan oleh pihak bank walaupun baru sahaja mula bekerja? Mungkin anda akan rasa gembira kerana hidup anda kini menjadi lebih mudah dan bergaya dengan kereta baru.

Namun, bagaimana pula jika ansuran bulanan yang anda perlu bayar kepada pihak bank adalah terlalu tinggi?Anda juga perlu ambil kira kos-kos lain seperti minyak, tol, parking, cukai jalan, insuran, maintenance dan lain-lain lagi. Kebiasaannya, kos-kos sampingan tersebut adalah dua kali ganda dari ansuran bulanan yang anda bayar.

Oleh sebab itu, anda perlu lebih berhati-hati dalam memilih kereta pertama kerana pinjaman kereta tersebut menyebabkan anda terikat dengan pihak bank sehingga sembilan tahun. Sebagai langkah berjaga-jaga, kami ulas sedikit kesan yang akan anda hadapi jika bayaran ansuran kereta anda melebihi 50% dari pendapatan yang diterima.

Susah beli rumah

Ini adalah masalah paling besar yang dihadapi oleh pembeli kereta apabila bayaran ansuran yang mereka perlu bayar terlalu tinggi. Apabila komitmen setiap bulan sudah terlalu tinggi, adalah sukar untuk pinjaman perumahan anda diluluskan oleh pihak bank.
Ramai yang mengambil pinjaman kereta merasa menyesal kerana tidak layak untuk beli rumah disebabkan komitmen yang sudah tinggi. 
Bagi mengelakkan masalah seperti ini berlaku kepada diri anda, urus hutang anda dengan baik serta tidak membebankan. Pengurusan kewangan anda mungkin nampak lebih baik jika hutang pertama yang anda dapatkan adalah untuk kegunaan rumah.

Kenapa perlu pilih rumah dahulu? Pertama sekali adalah harga rumah semakin hari semakin mahal. Lebih lama anda tunggu, lebih sukar untuk anda dapatkan rumah. Kedua, apabila anda membeli rumah ini bermakna anda sudah mempunyai aset yang meningkat nilainya setiap tahun. Aset tersebut boleh dijual semula pada harga yang lebih tinggi pada masa hadapan.

RELATED: Ketahui 10 jenis 'Feng Shui' ketika memilih rumah

Namun, jika penggunaan kereta masih menjadi keutamaan anda atas faktor keperluaan dalam pekerjaan, dapatkan kereta pada harga yang rendah bagi mengelakkan bebanan yang tinggi setiap bulan. Anda juga mungkin beli kereta terpakai kerana harga yang lebih murah.

Tiada simpanan dan pelaburan.

Selain masalah beli rumah, keadaan tersebut juga akan menyebabkan anda lebih sukar untuk membuat simpanan atau pelaburan setiap bulan. Hal ini kerana sebahagian besar pendapatan yang diterima hanya digunakan bagi tujuan bayaran ansuran kereta dan kos-kos lain.

Masalah lebih besar akan mula timbul apabila berlakunya hal kecemasan seperti kerosakan kereta yang memerlukan kos baik pulih yang terlalu tinggi. Oleh kerana tiada simpanan atau tabung kecemasan, keadaan ini akan menyebabkan anda lebih tertekan dan tidak bersedia dengan kos tersebut.

Antara perkara penting yang anda perlu ada sebelum memiliki kereta adalah tabung kecemasan. Tabung ini bertujuan untuk digunakan ketika waktu kecemasan seperti kerosakan kereta, bayaran cukai jalan dan insuran.

RELATED: Bagaimana dapatkan keuntungan 10% hingga 12% melalui unit trust

Selain masalah simpanan, ansuran yang tinggi setiap bulan juga menyukarkan anda membuat pelaburan walaupun serendah RM200 setiap bulan. Jumlah pelaburan untuk jangka masa panjang yang digalakkan adalah 10% dari pendapatan yang diterima. Bagi individu yang tidak mempunyai komitmen yang tinggi, jumlah tersebut bukanlah sesuatu yang sukar untuk dilaburkan terutama untuk kepentingan masa hadapan.

Terpaksa tambah hutang

Apabila keadaan mula menjadi terdesak, cara lain yang mudah untuk meneruskan hidup adalah dengan menambah hutang. Walaupun langkah ini merupakan satu kesilapan, masih ramai yang terpaksa menggunakan pinjaman peribadi terutamanya untuk menampung kos perbelanjaan harian.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kos sara hidup kini semakin meningkat. Namun, itu bukanlah satu alasan untuk anda menggunakan pinjaman peribadi atau kad kredit sebagai bantuan kecemasan anda.

Ini adalah satu realiti hidup pada masa kini yang anda perlu fikirkan semula. Anda masih ingin beli kereta dengan ansuran yang mahal? Tiada halangan untuk anda tetapi fikirkan kesan yang bakal anda hadapai. Apabila gagal membuat bayaran semula kepada pihak bank, kereta anda mungkin akan ditarik semula dan nama anda akan disenarai hitam oleh pihak bank.

RELATED: Seminar Asas Pelaburan Hartanah kini dibuka untuk 23 orang sahaja lagi!

Kes ini menjadi lebih teruk kerana anda tidak lagi boleh membuat pinjaman dengan pihak bank. Jika pendapatan anda sudah kembali baik pada masa hadapan, anda masih lagi sukar untuk mendapatkan pinjaman dengan pihak bank. Kes-kes sebegini adalah permulaan bagi pinjaman kereta menggunakan nama orang lain seperti adik beradik atau kawan.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post