"Takaful Lahan*t" - Baca jawapan dari ejen takaful ini dahulu sebelum batalkan polisi anda.



Baru-baru ini telah tersebar satu kisah tentang keluhan pemilik polisi takaful yang tidak berpuas hati dengan polisi beliau. Kesan daripada perkongsian tersebut, ramai yang mula rasa takut dan ingin membatalkan polisi masing-masing.

Kami kongsikan penjelasan yang mungkin dapat membantu anda memahami kes tersebut dengan lebih baik.

"Menjawab isu viral GL Takaful tak cover 'viral fever' baru-baru ini posting media sosial seorang pelanggan takaful viral di facebook dan mendapat lebih 10,000 shares

Kisah yang diceritakan oleh pengadu ialah dikatakan syarikat takaful tak menanggung kos perubatan di hospital seperti yang dijanjikan ketika mengambil polisi. Untuk pengetahun pembaca, bahagian tuntutan syarikat takaful akan memproses setiap tuntutan berdasarkan laporan perubatan yang dibuat oleh doktor. 

Jika laporan yang diterima lengkap dan bertepatan dengan garis panduan syarikat, maka proses akan berjalan lancar. Dalam kes ini tidak diketahui dengan tepat bagaimana penulisan laporan perubatan tersebut. 

Apa yang pasti, anak pengadu yang di wardedkan atas nasihat doktor dan tidak diberi rawatan seperti anibiotic drip, water drip, xray, blood test dan sebagainya. Doktor hanya memberi ubat makan dan ubat cucuk di punggung sahaja. 

Hal ini yang di takrifkan oleh syarikat takaful tersebut sebagai rawatan pesakit luar. Bermaksud, sepatutnya anak pengadu tak perlu di warded kan, hanya layak diberi rawatan sebagai pesakit luar. Atas sebab ini lah kami yakin yang menjadi punca Pre-Authorisation Letter a.k.a GL ditolak. 

Justeru kami nasihatkan pada pembaca supaya maklum akan fungsi kad perubatan takaful. Kad ini sepatutnya hanya digunakan bila keadaan perlu sahaja kerana wang yang digunakan untuk membayar bil perubatan adalah hak milik bersama para pencarum, dan menjadi tanggungjawab syarikat untuk menapis penggunaan yang tidak perlu. 

Cara yang sepatutnya, anda perlu pergi ke klinik terlebih dahulu dan berjumpa dengan doktor di sana. Jika doktor menyarankan anda untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital, barulah minta surat rujukan doktor klinik untuk diserahkan kepada doktor di hospital untuk tindakan susulan. Ini adalah proses saringan perubatan biasa di Malaysia. 

Akhir kata, kepada ejen ejen takaful di luar sana, berilah nasihat yang betul kepada pelanggan anda. Usah menjanjikan bulan dan bintang semata-mata untuk meyakinkan prospek. Educate your client. "


Artikel ini ditulis oleh :

5 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post