Kesan apabila anda beli rumah berstatus 'Master Title'.



Rumah bertingkat seperti rumah flat, kondo atau apartment biasanya memerlukan satu geran kongsi apabila rumah sudah siap dibina. Namun, kerajaan telah menetapkan satu peraturan baru dimana setiap rumah yang sudah siap perlu disertakan sekali dengan geran individu.

Geran individu = Strata title
Geran kongsi = Master title

Berikut adalah beberapa kesan jika anda beli rumah bertingkat yang masih lagi berstatus geran kongsi.

Bukti RM300 boleh menjadi RM1,000,000 dalam masa 30 tahun.

Pemaju muflis

Apabila rumah anda masih lagi berstatus geran kongsi, pemaju bertanggungjawab membuat permohonan pengeluaran geran individu untuk setiap unit yang telah terjual.

Namun, jika proses yang dibuat oleh pemaju mengambil masa yang sangat lama, masalah akan timbul apabila pemaju diisytihar muflis. Ini menyebabkan proses pengeluaran geran individu menjadi lebih sukar.

Apabila pemaju muflis, pemuliharaan dan pemeliharaan sesuatu kawasan tersebut mungkin terabai dan menyebabkan kawasan tersebut tidak dapat diurus dengan baik.

Tiada pinjaman

Bagi rumah yang berstatus geran kongsi ini dan sudah berusia lebih 10 tahun, tidak semua bank memberi pembiayaan untuk rumah tersebut. Hanya beberapa bank sahaja yang boleh memberi pembiayaan.

Oleh itu, anda perlu berhati-hati sebelum buat keputusan untuk beli rumah dan pastikan anda semak dahulu status rumah tersebut.

Dapatkan quotation takaful atau kad perubatan percuma daripada kami.

Susah nak jual

Akibat daripada kekurangan bank yang sudi memberi pembiayaan, rumah tersebut menjadi lebih sukar untuk dijual kerana pilihan bank yang sedikit sebagai pembiayaan. Pembeli akan datang juga akan melihat faktor geran berstatus kongsi ini sebelum memilih untuk membeli.

Rumah berstatus individu atau 'strata tittle' biasanya mendapat permintaan yang lebih tinggi berbanding rumah berstatus gera kongsi. Apabila anda sudah beli rumah yang siap dengan status individu, anda tidak perlu mengeluarkan kos-kos untuk mendapatkan geran individu.



JMB susah bergerak

Apabila geran individu masih belum dikeluarkan, banyak aktiviti tidak dapat dijalankan kerana masalah penubuhan Joint Management Body (JMB).

Jika berlakunya masalah yang melibatkan pembaikan rumah tersebut, mungkin mengambil masa yang lama untuk membaik pulih kerosakan tersebut.

Namun, bermula pada 1 Jun 2015 yang lepas, semua projek perumahan baru mestilah mengeluarkan geran individu apabila rumah diserahkan kepada pembeli. Ini bagi mengelakkan masalah kelewatan pengeluaran geran individu.

Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post