Beli Rumah Pelaburan : Keperluan atau Kehendak?


Semakin ramai yang mula sedar akan pentingnya memiliki hartanah pada usia yang muda. Lebih menarik lagi, mereka bukan sahaja beli rumah untuk duduk tetapi untuk dijadikan sebagai pelaburan.

Namun, dari sudut yang berbeza terdapat tanggapan bahawa pelabur hartanah ini adalah punca utama harga rumah semakin meningkat setiap tahun.


Adakah memiliki rumah sebagai pelaburan atau dengan memiliki rumah yang banyak merupakan satu keperluan atau kehendak pelabur hartanah itu sendiri?

MASA DEPAN

Memiliki rumah untuk duduk sendiri dan dijadikan sebagai pelaburan adalah dua (2) perkara yang berbeza. Setiap darinya mempunyai cara dan matlamat yang tersendiri. Jika anda mahu beli rumah untuk dijadikan sebagai pelaburan, matlamat jangka masa panjang anda mestilah jelas.

Dengan memiliki rumah sebagai pelaburan, anda dapat mengumpul aset dan tempat berteduh bukan sahaja untuk diri sendiri tetapi untuk generasi anda pada masa akan datang.

Walaupun menyewa mampu memberikan tempat berteduh yang selesa, ia tidak sama nilainya dengan memiliki rumah sendiri terutama dari segi jangka masa panjang. 

Melihat kepada kenaikan harga rumah yang semakin tinggi, anda juga perlu fikir tentang keadaan anak-anak anda pada masa akan datang untuk beli rumah yang semakin sukar. Rumah sebagai satu pelaburan dapat mengajar anak-anak anda tentang pengurusan kewangan yang baik.

Selain dari aset yang diwarisi, melalui pelaburan hartanah juga anda dapat mewariskan ilmu pengurusan kewangan dan juga ilmu pelaburan hartanah. Ini sekaligus dapat memupuk minat terhadap pelaburan hartanah terhadap mereka.

TAMBAH PENDAPATAN

Jika rumah tersebut adalah rumah pelaburan yang mana anda akan terima keuntungan setiap bulan melalui kutipan sewa rumah, anak-anak anda bakal mewarisi pendapatan sewa tersebut. Anda tidak perlu risau lagi terutama untuk menanggung kos yuran pendidikan mereka.

Dengan kos sara hidup yang semakin meningkat, pelaburan hartanah merupakan satu medium terbaik untuk menambah pendapatan pasif. Selain dapat meningkat taraf hidup diri sendiri, anda juga boleh membantu ramai orang diluar sana yang memerlukan bantuan.
Jika anda mengharapkan kepada simpanan KWSP sahaja ketika waktu persaraan anda, jumlah tersebut mungkin tidak mencukupi untuk menampung kehidupan yang lebih selesa. Selain itu, melalui pendapatan yang diterima dari pelaburan hartanah juga membolehkan anda bersara lebih awal.

TANPA KOMITMEN

Jika anda beli rumah untuk duduk sendiri, anda mungkin terpaksa menggunakan duit gaji anda sendiri untuk bayar kepada pihak bank. 

Namun lain pula dengan rumah untuk pelaburan di mana bayaran bulanan kepada pihak bank akan dibayar oleh penyewa anda.

Aset yang anda miliki sebenarnya dibayar oleh orang lain.
Mungkin ramai yang tidak bersetuju dengan konsep beli rumah untuk pelaburan kerana akan menyebabkan harga rumah semakin mahal. Jika kadar pemilikan rumah adalah sangat rendah, ini akan menyebabkan semakin ramai yang akan terus menyewa.

Selain itu, statistik juga menunjukkan masih terdapat banyak rumah yang dibina oleh pemaju yang belum terjual. Jadi, tiada masalah untuk anda memiliki rumah lebih dari satu (1) kerana jumlah rumah untuk di jual masih banyak dipasaran.

Jika pelaburan hartanah dapat meningkatkan taraf hidup anda dan juga berjaya membantu anda untuk keluar dari kemiskinan, anda boleh menganggap bahawa pelaburan hartanah adalah satu keperluan.

Manakala jika anda ingin meningkatkan taraf hidup anda dan membantu ramai orang, pelaburan hartanah adalah satu kehendak yang baik.

Jika anda berminat untuk belajar asas pelaburan hartanah, anda boleh lihat di SINI.

1 Comments

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post