5 rancangan untuk 'kurang' bayar cukai pendapatan anda tahun hadapan.




Adakah anda tergolong dalam pembayar cukai pendapatan pada tahun lepas?
Anda rasa cukai yang dibayar terlalu tinggi?

Bayar cukai pendapatan bukanlah satu masalah tetapi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan oleh rakyat Malaysia. Orang kaya akan bayar cukai yang lebih banyak dari orang yang kurang kaya.

Kami ingin kongsikan beberapa rancangan yang boleh anda buat supaya bayaran cukai pendapatan anda boleh dikurangkan pada tahun hadapan.

Takaful 

Terdapat dua jenis takaful yang boleh mengurangkan cukai pendapatan anda iaitu;

1. Kad perubatan

Jumlah yang boleh anda tuntut adalah maksimum RM3,000 tetapi jumlah ini adalah termasuk insuran pendidikan jika ada.

Dengan RM3,000 setahun, ini bermakna had maksimum untuk kad perubatan anda adalah sebanyak RM250 sebulan. Jika lebih, anda tidak boleh tuntut jumlah lebihan tersebut.


2. Takaful nyawa

Manakala bagi takaful perlindungan nyawa pula, jumlah yang boleh anda tuntut adalah maksimum RM6,000 termasuk dengan jumlah caruman KWSP anda.

Bagi yang bergaji RM3,000 sebulan, caruman KWSP anda mungkin boleh mencecah RM4,000 setahun dan ini bermakna anda hanya boleh tuntut baki RM2,000 setahun untuk perlindungan nyawa anda.

Dengan RM2,000 setahun, ini bermakna had maksimum takaful nyawa adalah sebanyak RM166 sebulan.

Jumlah tuntutan : RM5,000 (RM3,000 + RM2,000)

Anda juga boleh dapatkan quotation takaful secara percuma di sini.

Buku

Anda juga boleh tuntut pembelian buku, majalah atau penerbitan ilmiah dengan tuntutan maksimum RM1,000 setahun.

Pastikan anda simpan dan dapatkan semua resit terutama jika anda buat pembelian melalui online. Semua resit ini pelru disimpan sehingga 7 tahun kerana pihak LHDN berhak untuk melakukan pengauditan terhadap resit tersebut.

Dengan RM1,000 setahun atau RM85 sebulan, anda boleh beli buku yang bermanfaat seperti pengurusan kewangan, pelaburan hartanah dan juga perniagaan. Buku-buku seperti ini bukan sahaja anda boleh tuntut pelepasan cukai malah memberi anda banyak ilmu yang bermanfaat.

Anda juga boleh dapatkan resit dari rakan-rakan anda yang beli buku tetapi mereka masih belum layak untuk bayar cukai.

Pembelian ebook juga boleh dituntut jika terdapat resit pembelian.

Jumlah tuntutan : RM1,000



SSPN 

Mulai tahun 2012 sehingga 2017, jumlah simpanan SSPN yang boleh anda tuntut untuk pelepasan cukai adalah maksimum RM6,000.

Anda perlu simpan wang anda sebanyak RM500 setiap bulan di dalam akaun SSPN untuk mendapatkan jumlah maksimum pelepasan cukai.

Jumlah yang boleh di tuntut adalah baki bersih di dalam akaun. Ini bermakna anda tidak boleh mengeluarkan simpanan anda pada tahun tersebut.

Baki bersih bermakna jumlah duit masuk dalam akaun tolak dengan jumlah duit keluar pada tahun yang sama.

Jumlah tuntutan : RM6,000

Pendaftaran seminar pelaburan hartanah di Shah Alam pada 25 September 2016 sudah dibuka. DAFTAR


PRS

Mulai tahun 2012 hingga 2021, anda boleh menuntut simpanan melalui Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS) dengan jumlah maksimum RM3,000 setahun.

Anda hanya perlu simpan RM250 sebulan di dalam skim tersebut untuk membolehkan anda menuntut pelepasan cukai sehingga RM3,000.

Mulai tahun 2014 hingga 2018, jika anda berumur bawah 30 tahun dan membuat simpanan minimum RM1,000 dalam masa setahun melalui PRS ini, anda akan mendapat insentif daripada kerajaan sebanyak RM500 secara percuma.

Jumlah tuntutan : RM1,000


Derma dan zakat

Setiap derma yang anda buat kepada institusi atau organisasi yang dibenarkan oleh pihak LHDN, anda boleh mendapat rebat tidak melebihi jumlah cukai yang perlu anda bayar.

Anda boleh kira dahulu berapa jumlah cukai yang perlu dibayar sebelum membuat jumlah derma yang sesuai.

Pastikan anda derma seikhlas hati tanpa niat untuk membuat tuntutan cukai.

Jumlah tuntutan : Bergantung kepada derma







Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post