4 perkara anda perlu tahu tentang simpanan Shariah KWSP



Baru-baru ini Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah mengumumkan untuk membuka dana patuh Shariah untuk ahlinya.

Simpanan Shariah merupakan satu inisiatif oleh KWSP bagi membolehkan ahli KWSP memilih untuk akaunnya diuruskan dan dilaburkan mengikut Syariah.

Berikut adalah 4 perkara yang perlu anda tahu tentang simpanan Shariah tersebut. Info dan maklumat adalah dari laman web KWSP sendiri.

1. Mengapakah Simpanan Shariah baru diperkenalkan?

Tujuan utama Simpanan Shariah ini adalah kerana permintaan dari ahli KWSP sendiri yang mahukan supaya akaun simpanan mereka dilaburkan di dalam dana yang patuh Shariah.

Menurut statistik yang dijalankan oleh pihak KWSP sendiri juga mendapati 71% ahli KWSP setuju dan menyambut baik Simpanan patuh Shariah ini.

2. Bilakah inisiatif ini akan dilaksanakan?

Ahli boleh mula mendaftar untuk Simpanan patuh Shariah ini bermula pada 8 Ogos 2016 di pejabat KWSP yang berhampiran. Untuk tahun 2017, sebanyak RM100 bilion dana patuh Shariah telah diperuntukan untuk ahli KWSP.

Tarikh akhir untuk mendaftar adalah pada 23 Disember 2016 dan juga tertakluk kepada peruntukkan dana tersebut.



3. Apakah ciri-ciri simpanan patuh Shariah?
  • Semua ahli KWSP tanpa mengira agama, bangsa dan status warganegara boleh memilih Simpanan Shariah
  • Simpanan Shariah diuruskan dan dilaburkan berdasarkan Akad Wakalah
  • Simpanan Shariah diperakukan oleh Jawatankuasa Penasihat Shariah (JKPS)
  • Kadar dividen yang akan diisytiharkan untuk Simpanan Shariah adalah berdasarkan prestasi sebenar pelaburan patuh Syariah yang diuruskan dan dilaburkan oleh KWSP

Nota : Ahli KWSP yang telah menukar ke simpanan patuh Shariah tidak dibenarkan untuk membatalkan pilihannya selepas tarikh kuat kuasa dan kembali ke simpanan Konvensional.

4. Bagaimana untuk mendaftar?

Anda hanya perlu hadir ke pejabat KWSP yang berhampiran tempat tinggal anda dan pastikan anda bawa kad pengenalan anda.

Anda dikehendaki untuk menurunkan cap jari anda di borang yang disediakan bagi tujuan pengesahan identiti.

Seramai 30 orang telah mendaftar untuk Seminar Asas Pelaburan Hartanah di Shah Alam. Anda juga boleh mendaftar di sini. DAFTAR


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post