4 Cara untuk anda buat duit melalui permainan 'Pokemon Go'.





Permainan yang sedang popular ketika ini, Pokemon Go kini sudah mula memasuki pasaran Malaysia. Ramai yang sudah mula bermain dan mengumpul Pokemon kegemaran mereka.

Kami ingin kongsikan beberapa cara untuk anda buat duit melalui permainan Pokemon Go ini.

Pemandu Pokemon Go

Permainan Pokemon Go adalah permainan yang membuatkan anda untuk pergi jalan atau mengembara seperti dalam cerita Pokemon itu sendiri. Dalam permainan ini, anda mungkin terpaksa berjalan sehingga 5KM atau 10KM untuk aktiviti 'egg hatching'.


Bagi mereka yang bermain di pejabat, mungkin terpaksa menggunakan khidmat pihak ketiga untuk berjalan sehingga 5KM. Oleh itu, anda boleh menawarkan servis untuk menjadi pemandu kepada Pokemon Go anda.

Servis ini sesuai untuk mereka yang sedang menjalankan perniagaan Uber atau GrabCar kerana mereka sering menggunakan kereta untuk bergerak.

Jual akaun Pokemon Go

Bermula dari awal untuk mencapai satu tahap yang tinggi mungkin perkara yang memenatkan bagi sesetengah orang. Ada diantara mereka yang lebih gemar untuk bermula dengan Pokemon yang sudah berada pada tahap yang lebih tinggi.

Oleh itu, apa yang anda boleh buat adalah dengan bermain Pokemon Go sehingga mencapai satu tahap yang tinggi dan mula menjualnya kepada orang ramai. Ramai yang sudah mula menjual di laman web ebay. Anda boleh buat carian "Pokemon Account".

Ini mungkin satu pelaburan yang menguntungkan bagi sesetengah orang yang mahir dan rajin untuk bermain Pokemon Go.



Jalan untuk orang lain.

Selain menjadi pemandu kepada Pokemon Go orang lain, anda juga boleh menyediakan servis berjalan kaki dengan Pokemon Go. Apabila anda berjalan kaki dengan Pokemon Go, peluang untuk berjumpa dengan pelbagai jenis Pokemon lebih tinggi.

Anda boleh menawarkan servis untuk menangkap jenis Pokemon yang pelanggan anda inginkan. Jika pelanggan anda inginkan jenis Pokemon yang amat sukar untuk jumpa, anda boleh kenakan bayaran yang lebih tinggi.


Jadi Pokemon Trainer atau Gym Leader

Orang ramai (Pokemon Trainer) akan mula mengembara untuk berjumpa dengan Pokemon Trainer yang lain untuk mencabar satu sama lain. Apabila anda mengalahkan Trainer yang lain, anda akan meningkatkan tahap Pokemon Go anda lebih tinggi.

Apa yang boleh anda tawarkan adalah servis berlawan dengan anda untuk menaikkan tahap Pokemon Go orang lain. Selain itu, anda juga boleh memiliki Pokemon Gym anda sendiri dengan mengalahkan pemilik Gym tersebut.

Apabila Gym tersebut menjadi milik anda, anda boleh menawarkan banyak lagi servis kepada orang ramai yang ingin mencabar anda.

Pendaftaran Seminar Asas Pelaburan Hartanah masih dibuka. DAFTAR



Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post