Penjimatan yang anda boleh lakukan semasa hari raya




Sempena Hari Raya Aidilfitri kali ini, mesti ramai diantara kita yang pulang ke kampung halaman masing-masing untuk beraya bersama keluarga.

Dan pada musim raya ini juga banyak perbelanjaan yang akan dikeluarkan sama ada mengikut apa yang telah dirancang atau tanpa kita sedar.

Kami ingin kongsikan beberapa tip yang boleh anda amalkan untuk berjimat semasa hari raya kali ini.

Makan di rumah sahaja

Sempena hari raya, ramai dikalangan kita yang akan berkunjung ke rumah saudara mara dan sahabat handai. Oleh itu, ini peluang untuk kita mengeratkan silahturrahim antara satu sama lain semasa berada di rumah.

Semasa hari raya, anda berpeluang untuk menikmati pelbagai juadah sama ada dirumah sendiri atau rumah saudara mara. Oleh itu, jangan sesekali makan diluar kerana akan berlakunya pembaziran.

Pada masa yang sama, ambil peluang ini untuk menyediakan makanan untuk tetamu yang hadir. Mereka tentu akan gembira untuk menikmati juadah tersebut dan berbesar hati untuk menyediakan makanan kepada anda pada masa akan datang.



Duit raya

Jika anda atau anak anda menjadi penerima duit raya, pastikan duit raya tersebut digunakan untuk tujuan yang bermanfaat. Bagi mengelakkan pembaziran, simpan duit tersebut di dalam akaun bank bagi mengelakkan penggunaan yang tidak perlu.

Selain itu, jangan sesekali simpan duit raya tersebut di dalam wallet anda kerana mungkin anda akan menggunakan duit tersebut untuk perbelanjaan harian anda.


Berkongsi kereta

Jika anda ingin pergi beraya bersama keluarga dan saudara mara, seeloknya jika anda menggunakan kereta yang sama bagi mengelakkan pembaziran terutama untuk jalan yang jauh.

Penuhkan kereta dahulu bagi mengelakkan pembaziran dari segi minyak kereta dan bayar tol. Dengan cara ini juga dapat mengurangkan kesesakan lalu jalan raya  kerana penggunaan kereta yang semakin berkurang di atas jalan raya.



Mercun

Jangan sesekali beli mercun untuk anak-anak anda kerana bukan sahaja berlaku pembaziran malah merbahaya kepada diri dan orang lain.



Tutup TV

Walaupun banyak cerita dan program menarik di televisyen semasa musim perayaan ini, anda digalakkan untuk tutup televisyen anda dan fokus kepada tetamu yang hadir.

Dengan cara ini, anda dapat berjimat dari segi penggunaan elektrik dan pada masa yang sama anda juga dapat bersembang dengan saudara mara serta rakan-rakan tanpa sebarang gangguan.


Previous Post Next Post