Peluang bekerja di Istana dengan gaji RM73,000 setahun




Istana Buckingham di London membuka peluang pekerjaan kepada orang awam untuk bekerja dengan Ratu Elizabeth II dan tinggal di Istana.

Laman web istana tersebut menawarkan jawatan sebagai pekerja pencuci pinggan khas dengan gaji sebanyak £16,755(RM73,000) setahun. Selain mencuci pinggan, jawatan tersebut juga memerlukan anda untuk menghidang makanan dan membantu chef mereka.

Antara kelebihan yang disediakan bagi pekerja yang terpilih adalah mereka akan menerima makanan percuma pada waktu pagi, tengahari dan malam. Selain itu, pekerja yang terpilih juga boleh menetap di istana tersebut.


Waktu kerja adalah lima hari seminggu dan diberi cuti sebanyak 33 hari dalam masa setahun. Kelebihan ini bakal menarik orang ramai untuk mohon jawatan tersebut walaupun  hanya sekadar pencuci pinggan.

Pihak istana juga tidak menetapkan syarat yang terlalu ketat dari segi pengalaman untuk permohonan jawatan tersebut tetapi individu tersebut mestilah mempunyai semangat  berpasukan yang tinggi, menepati masa, seorang yang aktif dan bekerja keras.


Untuk melihat jawatan yang ditawarkan, sila lihat di sini.


Post a Comment

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Previous Post Next Post