Dokumen yang diperlukan untuk permohonan pembiayaan perumahan (Bank Rakyat)


Salah satu produk pembiayaan perumahan dari Bank Rakyat adalah Pembiayaan Perumahan-i (Manzili). 

Pembiayaan yang berlandaskan Syariah ini sesuai untuk perumahan yang masih dalam pembinaan, rumah yang sudah siap, rumah lelong, pembiayaa semula dan lain-lain lagi.

Dokumen yang diperlukan untuk memohon pembiayaan perumahan Bank Rakyat ini adalah mengikut kategori seperti berikut:

Pendapatan tetap
  • Borang permohonan yang lengkap
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan penyata gaji 3 bulan terkini
  • Surat pengesahan majikan
  • Penyata bank 3 bulan terakhir menunjukkan duit gaji masuk
  • Borang EA atau penyata KWSP

Pendapatan tidak tetap
  • Borang permohonan yang lengkap
  • Salinan kad pengenalan
  • Penyata bank 6 bulan terkini - Akaun semasa perniagaan atau milikan tunggal
  • Pendaftaran syarikat / Borang 24 atau 49 / SSM
  • Borang B yang dihantar ke LHDN / Resit bayaran

Dokumen harta
  • Perjanjian jual beli
  • Salinan geran
  • Surat tawaran pemaju
  • Resit bayaran pendahuluan
  • Memorandum jualan : Rumah lelong
  • Laporan penilaian

Tempoh pembiayaan yang boleh anda ambil adalah sehingga 35 tahun atau ketika anda berumur 70 tahun.

Maklumat lanjut dan jenis pembiayaan lain, sila lihat sini.

Previous Post Next Post